Assalamualaikum warahmatullah,
Kesibukan menghambat. Rindu nak update blog yang jarang amat, update ini.. Rindu nak BW, jengok rumah kawan-kawan, kongsi-kongsi cerita, kongsi-kongsi rasa.. Adakah "ada" kawan-kawan yang rindukan saya? huhuhu... Blog yang jarang update, follower yang baru 51 orang ini...? Yang pastinya... saya rindu pada kawan-kawan semua, rinduuuu amat... yer, sungguh!
Justeru, saya muncul seketika, melontar sepatah dua kata, agar diri ini tidak terus di lupa..
Ada masa, pasti bersua... Insyaalah!
Tuesday, April 26, 2011
Sunday, April 10, 2011
MEREKA ISTIMEWA
Assalamualaikum,
Melihat perkembangan anak-anak di depan mata mmg sesuatu yang menghiburkan dan seronok.. walaupun kadang-kadang adakalanya rasa nak bertukar menjadi "Kesatria Baja Hitam" atau "Gaban" bila mereka buat perangai.. tapi itulah detik-detik keindahan dan kemanisan menjadi ibu..
Awal Bin Rahimi akan cecah usia empat tahun pada bulan Oktober tahun ini. Masih belum ke sekolah, tapi banyak vocab yang dia dah belajar, dah tentu dari mama dan ayah, di TASKA dgn kawan-kawan, hasil tengok Disney Channel dan DVD..
Awal start menyebut perkataan pada usia 10 bulan, dan seterusnya mula bercakap dan tidak pelat. Cuma dia lambat berjalan.. Kadang-kadang kebetulan juga mcm cakap orang tua, budak yang cepat bercakap selalunya lambat berjalan.. dan yang cepat berjalan selalunya berat mulutnya... Usia setahun 2 bulan, baru Awal mula berjalan..
Sampai sekarang, vocab Awal agak banyak dan kadang-kadang ayat-ayat yang dituturkan macam cerita kartun di Disney Channel yang dia tonton.. Yang tak tahan dan nak tergelak, bila kdg2 dia bercakap macam berlakon..
Bila saya sedang memasak didapur, dia datang dan tanya.."Emmm.. harumnya bau ini, mama masak apa?
Bila dia makan dia cakap " emmm, lazatnya... sungguh sedap kuih ini.."
Bila ada benda atau binatang yang dia takut (spt kucing atau semut) " eeee... ini sungguh menakutkan!!"
Ayat-ayat seperti " saya rasa macam ada sesuatu".. (sambil letak jari telunjuk di dagu) " Kenapa saya tak mendengar apa-apa pun".. (letak tangan kat telinga)
Baru-baru ni bila dia minta saya potongkan kuku, dia cakap " mama, kuku saya sungguh tajam"..
Kalau main lawan-lawan dengan Adiknya Ibnu mesti akan keluar perkataan ala-ala Ultraman lawan Raksasa " arghhh.. tak gunaaa..."
Adik Ibnu pula, umur sepuluh bulan sudah mula belajar berdiri dan bertatih.. belum usia setahun sudah mula berjalan.. Tapi agak lambat mula menuturkan perkataan.. Sampai sekarang selain perkataan "mama" "ayah" dan "kakak" masih menggunakan bahasa isyarat.. dan perkataan mudah yang diambil hujung-hujung... spt "pok" untuk keropok.. "kak" untuk buka (bukak), "pah" penyapu sampah .. Ibnu adalah peminat penyapu, pantang tengok penyapu atau mama menyapu akan dibontotinya kita sampai siap menyapu sambil "pah" "pah".. biasanya saya menyapu bila dia sdg tidur.. kalau tidak akan mengamuk sakan la dia nak main penyapu..
Betul, perkembangan dan keupayaan anak-anak berbeza.. dan perbezaan ini membuatkan mereka ini istimewa dengan cara mereka sendiri.. Alhamdulillah...

Monday, April 4, 2011
SEDIH...SEDIH, saya sedih..
Salam,
Kebetulan, terjumpa harian Metro di atas meja rakan sepejabat sewaktu penghujung waktu kerja tadi...Mungkin ada rakan-rakan yang sudah membaca berita ini di awal pagi lagi..
Saya sungguh sedih dan airmata saya menitik sewaktu membaca sambil membayangkan si kecil yang malang ini... Kebetulan, turut ada seorang rakan yang juga ibu, bersama-sama membaca, beliau turut sebak dan menitiskan air mata..Terbayang anak di TASKA.. anak yang baru belajar ke sekolah.. anak yang belum mengerti apa2..
Nakal mana sangatlah si kecil darjah satu.. Apa sangat lah yang anak darjah satu tahu.. Mereka baru belajar kenal ABC, Mereka baru belajar ke tandas sendiri... Mereka masih takut tidur malam berseorang diri...
Al-Fatihah untuk ahli Syurga ini... (PILUU... )
Kredit to METRO.
Cikgu ambil nyawa
Oleh Shamsul Munir Safini shamsulmunir@hmetro.com.my

KANGAR: Hanya kerana wang RM7, Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, murid tahun satu sebuah sekolah agama persendirian di Arau, dekat sini, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, pagi semalam, selepas koma sejak tiga hari lalu akibat parah dibelasah gurunya.
Difahamkan, mangsa dipukul dengan teruk kerana didakwa mencuri wang milik rakan sekelasnya.
Mangsa yang sudah kematian ibu, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 8 pagi selepas mengalami pendarahan dalaman di kepala dan komplikasi jantung berikutan kejadian di bilik asrama sekolah agama berkenaan, Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain, ketika mengesahkan perkara itu berkata, murid terbabit disahkan meninggal dunia dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang boleh membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.
“Kita akan menjalankan siasatan menyeluruh kejadian itu, apatah lagi ia menjadi bertambah serius kerana membabitkan kematian. Semua pihak berkaitan di sekolah agama itu akan dipanggil untuk siasatan.
“Perintah reman terhadap suspek berusia 26 tahun yang juga guru mangsa yang berakhir esok (hari ini), akan disambung untuk tujuan siasatan,” katanya enggan mengulas lanjut kes itu.
Metro Ahad semalam melaporkan Saiful Syazani dibelasah dengan kejam oleh gurunya yang juga warden asrama dalam keadaan kedua-dua tangannya terikat pada tingkap asrama sehingga menyebabkan mangsa koma dalam kejadian pada kira-kira jam 7 malam, Khamis lalu.
Mangsa dikatakan berjaya membuka ikatan tangannya untuk melarikan diri sehingga menimbulkan kemarahan guru terbabit yang kemudian memukulnya tanpa belas kasihan.
Selepas memukul kepala, suspek dikatakan `naik hantu' dan menggoncang badan mangsa serta menolaknya dengan kuat ke dinding yang dipercayai punca utama murid itu mengalami pendarahan dalam kepala dan komplikasi jantung.
Suspek yang mungkin menyedari kesalahannya dan menyesal dikatakan sempat bersolat hajat sejurus dimaklumkan doktor bahawa mangsa dalam keadaan kritikal sebelum bergegas ke Alor Setar dengan menaiki motosikal untuk melihat keadaan murid terbabit.
Guru terbabit menyerah diri di Balai Polis Arau, Jumaat lalu, selepas bapa mangsa, Saiful Sopfidee Marzuki, 34, membuat laporan di Balai Polis Alor Setar, pada jam 8 malam hari kejadian.
Sementara itu, Pengarah Pelajaran negeri, Mansor Lat, ketika dihubungi berkata, pihaknya menyerahkan kes itu kepada pihak polis kerana sekolah itu milik persendirian dan bukannya di bawah seliaan jabatan berkenaan.
“Kita tidak mahu campur tangan dalam kes ini dan menyerahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terbabit.
“Kami amat sedih dan dukacita di atas kejadian ini dan jika benar perbuatan guru memukul hingga menyebabkan kematian murdnya, ia di luar bidang kuasa guru dan tidak sepatutnya berlaku,” katanya.
Dalam pada itu, pengetua sekolah agama terbabit, Yaakub Abu Soman berkata, pihaknya tidak akan membuat sebarang ulasan berhubung kejadian itu yang membabitkan guru dan murid sekolahnya atas arahan polis.
“Kami akan mengadakan sidang akhbar selepas tempoh reman terhadap suspek tamat nanti,” katanya.
Bapa mangsa, Saiful Sopfidee berkata, jenazah anak tunggalnya hasil perkongsian hidup dengan arwah isterinya, Jahiyah Che Amat, dikebumikan di Tanah Perkuburan Tok Paduka di sini, petang semalam. Dia juga berharap guru terbabit dikenakan tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang kerana perbuatannya yang tidak berperikemanusiaan itu.
Subscribe to:
Posts (Atom)