Assalamualaikum Warahmatullah,
Oleh kerana semua staf terlibat dengan tugasan luar, saya bersendirian di pejabat. Tiba-tiba telefon berdering dan dgn penuh sopan santun saya menjadi operator terlatih untuk petang ini dan sedia membantu.
Rupanya si pemanggil mahu bercakap dengan salah seorang staf di pejabat saya.. Dia memperkenalkan dirinya sebagai ALEX (ku tak rahsiakan namamu krn kamu biadap) mendakwa dia peguam, wakil sebuah Bank ternama...
Dengan sopan santun standard mcm customer servis menjawab panggilan pelanggan, saya pun memaklumkan bahawa si POLAN bin Si POLAN yang dicari tiada di pejabat ptg ini..
Kemudian si pemanggil terusan meminta untuk berckp " saya nak berckp dgn Encik "tuttt" (nama dirahsiakan).."
Saya ulang lagi, "maaf encik encik "tuuut" tak ada di pejabat petang ni, diaa...".
belum sempat saya habiskan ayat... tiba-tiba pemanggil tu jerit..." HAAAA... pegi mampus laaa... suruh dia pegi mahkamah, setel utang" klik dan terus dia letak telefon...
Berangin satu badan saya... Gerammm, sebab tak dapat nak jerit balik pada si pemanggil tersebut. Dari situ saya buat kesimpulan.
1. ALEX bukan peguam tapi AGENT pemugut hutang yang dilantik oleh pihak Bank atau pihak pejabat Peguam yang dilantik oleh bank ( haa... berbelit)
2. Jika ALEX seorang Peguam seperti didakwa... dia Peguam yang sgt biadap..
3. Jika kita berhutang, jgn la sampai menyusahkan orang lain...
4. Pihak Bank atau Pej Peguam sila la tegur boss agent2 yang dilantik untuk kutip utang tuuuu... "makcik tak bersalah untuk sesenang ditenking maki oleh agent2 tu...
5. Untuk staf makcik yang tersayang, yang bertugas luar ptg ni.... TUNGGGUUUUU yeeee!! Akan makcik panjangkan amarah tadi kpd kamu... hehehehheehh.. sabo2 (pose ganti arini)....