Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit...
Mula-mula tak pandai, sekarang dah pandai sikit-sikit..
New look, make over..
Congrats untuk diri sendiri kerana berjaya men'touch up' blog sendiri..
Tunggu..siri make over akan datang..
chayokkkkkk!!
Thursday, December 23, 2010
Cuti-Cuti Malaysia
Sempena cuti sekolah sempat kami sekeluarga pergi bercuti ke Bukit Merah dan tempat favourite Awal dan Ibnu ZOO Taiping. My SIL, Ja bersama anak-anak pun join sekali. Meriah sungguh.. Seronok.
Awal & His Kazen, Abg Comey dan Abg Keon depan Suria Apt. |
Selamat bermandi-manda di Bukit Merah Lake Town |
Mama, Awal & Ibnu |
Posing2 sebelum mandi-manda |
Awal & Dania |
Seronoknya.. Hujan jadian.. |
Ni nak balik ke, baru sampai ni?? |
Friday, December 17, 2010
Permulaan Bagi Segala Yang Terbaik
Salam.
Sebut pasal penyusuan eksklusif, teringat saya kisah mula-mula mengambil keputusan untuk menyusukan anak pertama saya, Awal (nama yang sungguh sempoi kan?:-) secara eksklusif.
Maklumat mengenai kebaikan susu ibu bermula dengan ilmu-ilmu yang dikutip dari majalah PA&MA sewaktu dalam tempoh mengandung. Dan di waktu itu tiada terlitas secara serius untuk breasfeed secara eksklusif baby yang bakal lahir. Sehinggalah kehadiran teman yang datang berkunjung sewaktu awal kelahiran Baby Awal . Beliau seorang ibu bekerjaya yang telah berjaya dalam penyusuan secara eksklusif. Eta, Tq sooooo much!! Jika tidak kerana kata-kata semangat dan sokongan Eta (sahabat yang mengangkat dirinya sendiri sebagai seorang yang "Fanatik" terhadap apa-apa yang berkaitan Breastfeeding) mungkin Awal tak menjadi anak susuan sepenuhnya waktu itu.
Bermula dengan kata-kata semangat yang dititipkan kepada saya, saya bertekad menjayakan misi penyusuan eksklusif . Bertitik tolak dari kelahiran Awal, saya mula berkenal-kenalan dengan laman-laman penyusuan ibu di Internet. Selain Majalah PA & MA, saya kira laman www. momslittleones.com dan www.susuibu.com adalah antara laman permulaan saya berguru tentang penyusuan ibu. Alhamdulillah, sehingga kini saya masih diberi kekuatan dan kemudahan untuk meneruskan penyusuan kepada anak kedua saya Ibnu.
Doa saya, semoga Allah sentiasa mempermudahkan laluan perjalanan saya dan ibu-ibu di luar sana dalam memberikan hanya yang terbaik untuk anak-anak kita. Dan saya yakin, permulaan bagi segala yang terbaik itu adalah bermula dengan memberikan susu yang mengalir dari badan kita sendiri.

Saturday, December 11, 2010
Salam Perkenalan
Selamat datang ke blog saya budak baru belajar. Teruja untuk punya blog sendiri, berkongsi pengalaman sepanjang perjalanan saya sebagai seorang Hamba Allah yang kerdil di muka bumi ini, sebagai seorang isteri, ibu, anak, rakan , jiran dan etc..etc.. :-)
Bukan senang rupanya untuk menulis, minat sahaja tidak cukup tanpa ada dorongan dan kemahuan yang kuat. Selama ini, sering menjenguk dan mengintai blog orang lain, menjadi 'pembaca senyap' tanpa meninggalkan sebarang jejak.
Hasrat ingin punya blog sendiri tinggal angan-angan. Susah, remeh, tak cekap IT, macam-macam alasan diberikan untuk diri sendiri. Tiba-tiba teringat cakap Cikgu Khairulfizi (fasilitator dalam satu kursus yang pernah dihadiri) " KALAU DIFIKIR MASALAH PADI, TAK BERBENDANG". Sungguh dalam maksudnya.
Kukuatkan azam, berbulan lamanya, dengan ilmu IT yang cetek, masih hijau mengenal dunia blog, kekangan masa yang sentiasa menghambat dan setelah puas menggodek-godek akhirnya Proud Mama's Dairy terlahir jua. Agak ketinggalan bunyinya, asal jangan ketinggalan terus.
Sedaya mungkin akan kucuba untuk menulis, mencurah, berkongsi rasa dan pengalaman yang kulalui di laman ini khususnya dalam usaha memperjuangkan Penyusuan Ibu. Insyaalah.
Lids: Lega dan Puas.

Subscribe to:
Posts (Atom)