Salam.
Sebut pasal penyusuan eksklusif, teringat saya kisah mula-mula mengambil keputusan untuk menyusukan anak pertama saya, Awal (nama yang sungguh sempoi kan?:-) secara eksklusif.
Maklumat mengenai kebaikan susu ibu bermula dengan ilmu-ilmu yang dikutip dari majalah PA&MA sewaktu dalam tempoh mengandung. Dan di waktu itu tiada terlitas secara serius untuk breasfeed secara eksklusif baby yang bakal lahir. Sehinggalah kehadiran teman yang datang berkunjung sewaktu awal kelahiran Baby Awal . Beliau seorang ibu bekerjaya yang telah berjaya dalam penyusuan secara eksklusif. Eta, Tq sooooo much!! Jika tidak kerana kata-kata semangat dan sokongan Eta (sahabat yang mengangkat dirinya sendiri sebagai seorang yang "Fanatik" terhadap apa-apa yang berkaitan Breastfeeding) mungkin Awal tak menjadi anak susuan sepenuhnya waktu itu.
Bermula dengan kata-kata semangat yang dititipkan kepada saya, saya bertekad menjayakan misi penyusuan eksklusif . Bertitik tolak dari kelahiran Awal, saya mula berkenal-kenalan dengan laman-laman penyusuan ibu di Internet. Selain Majalah PA & MA, saya kira laman www. momslittleones.com dan www.susuibu.com adalah antara laman permulaan saya berguru tentang penyusuan ibu. Alhamdulillah, sehingga kini saya masih diberi kekuatan dan kemudahan untuk meneruskan penyusuan kepada anak kedua saya Ibnu.
Doa saya, semoga Allah sentiasa mempermudahkan laluan perjalanan saya dan ibu-ibu di luar sana dalam memberikan hanya yang terbaik untuk anak-anak kita. Dan saya yakin, permulaan bagi segala yang terbaik itu adalah bermula dengan memberikan susu yang mengalir dari badan kita sendiri.
Lids: Masih Menuntut dan Mendalami Ilmu Penyusuan.
Insyaallah..sy amat mengagumi mama jugak...heehee..nti sy wat entry khas utk mama yer...
ReplyDeleteTq. Banyak lagi kena belajar ni.
ReplyDelete