Selamat datang ke blog saya budak baru belajar. Teruja untuk punya blog sendiri, berkongsi pengalaman sepanjang perjalanan saya sebagai seorang Hamba Allah yang kerdil di muka bumi ini, sebagai seorang isteri, ibu, anak, rakan , jiran dan etc..etc.. :-)
Bukan senang rupanya untuk menulis, minat sahaja tidak cukup tanpa ada dorongan dan kemahuan yang kuat. Selama ini, sering menjenguk dan mengintai blog orang lain, menjadi 'pembaca senyap' tanpa meninggalkan sebarang jejak.
Hasrat ingin punya blog sendiri tinggal angan-angan. Susah, remeh, tak cekap IT, macam-macam alasan diberikan untuk diri sendiri. Tiba-tiba teringat cakap Cikgu Khairulfizi (fasilitator dalam satu kursus yang pernah dihadiri) " KALAU DIFIKIR MASALAH PADI, TAK BERBENDANG". Sungguh dalam maksudnya.
Kukuatkan azam, berbulan lamanya, dengan ilmu IT yang cetek, masih hijau mengenal dunia blog, kekangan masa yang sentiasa menghambat dan setelah puas menggodek-godek akhirnya Proud Mama's Dairy terlahir jua. Agak ketinggalan bunyinya, asal jangan ketinggalan terus.
Sedaya mungkin akan kucuba untuk menulis, mencurah, berkongsi rasa dan pengalaman yang kulalui di laman ini khususnya dalam usaha memperjuangkan Penyusuan Ibu. Insyaalah.
Lids: Lega dan Puas.
Wah... tambah lagi 1 blog yg akan sy selalu kunjungi...Congrats... Mama Adam + Iffat...
ReplyDelete