Dah lama tak bercerita pasal anak bujang saya yang bernama sempoi AWAL bin RAHIMI. Dalam tempoh bulan ini sahaja, demam on and off nak masuk 3 kali dah... mula-mula chicken pox, then sambung dengan campak kecil yang mcm ruam tu... then baru jer nak sihat, demam lagi... dah la yang sorang ni "keding" makin kurus dia..
Semalam bawa Awal ke Hospital, doc ambil darah... bukan senang rupanya nak ambil sampel darah budak2 ni yer..? Percubaan staf hospital di bilik ambil sampel darah tak berjaya, kerana Awal "berjaya" "menepis" dan "menangkis" dan menangis... sudahnya terpaksa disyorkan ambil darah di Bahagian Kecemasan krn di situ kata staf tersebut, "di sana ada "peralatannya", dan nanti dia ikat"..
Suspen juga saya membayangkan "peralatan" dan "kena ikat" seperti kata staf tersebut... Tiba di bilik yang dimaksudkan, Awal disuruh berbaring, dan masa tu "enjin" pun start... berjurai2 air mata Awal. Siap panggil "ayahhhh... ayahhhhh".. lagi..
Peralatan yang dimaksudkan rupanya sahelai KAIN SELIMUT hospital... Awal yang berbaring di "BEDUNG" mcm baby supaya tak meronta... Alhamdulillah, berjaya dan paling syukur, hasil keputusan darah kemudiannya tiada apa yang perlu dibimbangkan....
Tika tengok Awal diambil sampel darah, insaf dan rasa syukur sangat... Itu cuma sedikit yang perlu saya lihat dan Awal lalui... Bagaimana dengan ibu dan anak yang diuji dengan lebih daripada demam berminggu? Semoga Allah beri mereka kekuatan yang bukan sedikit.. AMIN.