Wednesday, July 27, 2011

SELAIN JARUM...

Assalamualaikum Warahmatullah,

Dah lama tak bercerita pasal anak bujang saya yang bernama sempoi AWAL bin RAHIMI. Dalam tempoh bulan ini sahaja, demam on and off nak masuk 3 kali dah... mula-mula chicken pox, then sambung dengan campak kecil yang mcm ruam tu... then baru jer nak sihat, demam lagi... dah la yang sorang ni "keding" makin kurus dia..

Semalam bawa Awal ke Hospital, doc ambil darah... bukan senang rupanya nak ambil sampel darah budak2 ni yer..?  Percubaan staf hospital di bilik ambil sampel darah tak berjaya, kerana Awal "berjaya" "menepis" dan "menangkis" dan menangis... sudahnya terpaksa disyorkan ambil darah di Bahagian Kecemasan krn di situ kata staf tersebut, "di sana ada "peralatannya", dan nanti dia ikat"..

Suspen juga saya membayangkan "peralatan" dan "kena ikat" seperti kata staf tersebut... Tiba di bilik yang dimaksudkan, Awal disuruh berbaring, dan masa tu "enjin" pun start... berjurai2 air mata Awal. Siap panggil "ayahhhh... ayahhhhh".. lagi..

Peralatan yang dimaksudkan rupanya sahelai KAIN SELIMUT hospital... Awal yang berbaring di "BEDUNG" mcm baby supaya tak meronta... Alhamdulillah, berjaya dan paling syukur, hasil keputusan darah kemudiannya tiada apa yang perlu dibimbangkan....

Tika tengok Awal diambil sampel darah, insaf dan rasa syukur sangat... Itu cuma sedikit yang perlu saya lihat dan Awal lalui... Bagaimana dengan ibu dan anak yang diuji dengan lebih daripada demam berminggu? Semoga Allah beri mereka kekuatan yang bukan sedikit.. AMIN.
Photobucket



3 comments:

  1. gitu rupanya bila budak2 susah sgt amik darah ye.emm...br tau.

    papepun,awal chat2 ya.mudahan cepat sembuh,ceria kembali..gitu rupanya bila budak2 susah sgt amik darah ye.emm...br tau.

    papepun,awal chat2 ya.mudahan cepat sembuh,ceria kembali..

    ReplyDelete
  2. Cayalah Awal! Such a brave boy...

    Kak Lid: staff kat emnergency room mmg lbh mahir bab ambil darah ni. Dulu time Irfan kena jaundice, nampak mudah je diorg ni buat...tak perlu picit2...kalau nurse yg buat, mcm perah santan dibuatnya. Sadis...

    ReplyDelete
  3. Ash; Tq dear.. mak budak pun ngeri gak kdg2 bila nak kena ambil sample dara..hhehhe.

    Atie: hehehhe... mmg atie, mcm tak der perasaan jer kdg2 bila tgk... tapi kdg2 mereka terpaksa keraskan hati dan " tangan" untuk buat tugas tu... kalau tidak susah juga eh...

    ReplyDelete