Assalamualaikum Warahmatullah,
Banyak berjasa dua pam ini.. Avent manual, saya beli ketika dalam pantang kelahiran Awal. Sementara Spectra 3, yang saya idam, (setelah berkali-kali baca review) saya purchased ketika usia Awal 6 bulan.. Sejak itu, dua-dua pam ini bersama sebuah coolbox jadi teman setia saya ke tempat kerja.. Kemana saja, Terengganu, Langkawi, Kuantan, KL, Alor Star, Penang dan sebut bila saja outstation itulah barang wajib saya usung.. Sehingga bila Ibnu lahir, rutin begini terus bersambung..
Sekarang, Ibnu berusia setahun 9 bulan.. saya tidak sekuat ibu-ibu gigih yang menyusu diluar sana, saya bukan lagi ibu yang mengusung pam dan coolbox.. Ibnu hanya direct feeding.. stock dalam peti ais berbaki dua botol.. simpan sebagai kenangan.. Ibnu refuse terus minum dari botol sejak setahun 7 bulan.. mamanya pun sudah tidak mengepam lagi... bukan salah Ibnu, salah Mama yang tak bersungguh...
Isnin baru ini, saya minta izin suami ( heeee... duit somi yang beli pam2 ni dulu) untuk pinjamkan spectra 3 dan bagi Avent manual (masih elok lg) kpd seorang staf di pejabat yang baru pulang dari cuti berpantang.. Niat saya, saya pinjamkan spectra 3 ni agar ibu ini terus berjaya dan bersemangat susukan anaknya.. hanya itu yang mampu saya beri...SOKONGAN!
Sebenarnya, staf saya ini pernah kehilangan baby sulungnya yang dua bulan lebih tua dari anak saya Ibnu, ketika baby berusia 6 bulan.. Baby ditakdirkan Allah meninggal di atas buaian di rumah pengasuh kerana tersedak susu pada sekitar awal tahun 2010 lalu...
Semoga Allah permudahkan perjuangan seorang lagi ibu yang menyusukan anaknya ini... Semoga Mashitah (ibu ini) berjaya menyusukan baby Adam Farish sehingga sekurang-kurangnya untuk dua tahun ini...dan sehingga semahunya...
Dan hati saya berkata dan berdoa... semoga dengan sokongan saya ini, Allah memurahkan lagi rezeki saya... untuk tambah lagi bilangan ahli keluarga kami ... AMIN!
Best ek Spectra 3? Liza tgh survey breastpump jugak ni... Masih tak cukup simpanan. huhu...
ReplyDeleteLiza: Setakat ni Kak Lid happy guna spectra 3 dan tak menghampakan, double pumping... jika ada rezeki lagi next nak try MODU Farah Sarakids tu... hehheheh
ReplyDeletesalam..akak beli pam tu di mana yerr
ReplyDeleteSalam Dik,
ReplyDeleteAvent tu beli kat Jaya Jusco, ada offer masu tu... kedai2 barangan baby pun ada jual... Yang SPECTRA 3 tu beli kat momslittlesones.com, akak pegi sendiri sana, kebetulan masa tu ada kat KL.. dapat jumpa Puan Rita Rahayu masa tu..