Friday, January 28, 2011

KASIH IBU SAMPAI KE HUJUNG NYAWA


Salam,

Tersentuh hati saya, tak dapat dibendung kolam airmata bila membaca kisah ini.. Saya ingin kongsikan disini entry dari blog Menyusu Si Manja .

" Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga. 

Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.

Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.

Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi."


Tersayat pilu hati saya membaca kisah ini... 

Lid: Berdoa agar Allah masih memberikan peluang untuk membelai dan membesarkan anak-anak.

Wednesday, January 26, 2011

RAMBUT SINGA

Salam,

Hari ini si kecil IBNU, awal-awal lagi dah beradu.. keletihan gamaknya, mungkin juga tak cukup tidur kerana TASKA dalam proses perpindahan ke tempat baru. Ayahnya The Boys Master pun awal2 lagi dah masuk ke bilik.. Yang tinggal saya dan AWAL berduaan di ruang tamu.. Sambil bergomol2.. sambil layan kartun..sambil mewarna.. sambil BW.

Tahun ini jika mengikut tahun AWAL dah 'ampattt" tahun... tapi memandangkan dia lahir pada bulan 10, saya masih konsider AWAL sebagai 3 tahun 3 bulan.. Pada usia ini AWAL masih memakai diaper, walaupun mulut dah macam bertih jagung.. sebetulnya AWAL dalam proses "diaper free".. Tapi dek kerana mamanya yang tidak betul-betul "Istiqomah", dan kurang yakin, belum lagi berjaya misi ini.

AWAL punya kulit yang sensitif, mudah merah.. mudah gatal dan penggeli orangnya.. Bermacam-macam jenis diaper dah guna, akhirnya mami poko yang paling sesuai.. itu pun masih lagi ada masalah ruam lampin dan kegatalan..

Sedang asyik layan kartun, (mamanya layan Blog) Awal mula menggaru... saya bawa dia ke bilik air, bersih dan sabun bahagian ruam lampin Awal.. Kemudian, saya bagi tau dia.." Awal pakai lampin adiklah ye... tak gatal.." Lampin adik ialah cloth diaper adik... "lampin ni lampin kain, tak gatal"..kata saya.. Lepas sapu cream "dropoline" saya pakaikan dia cloth diaper..

Selang berapa minit... tiba-tiba Awal panggil saya dan cakap.. "Mama pakai lampin kain pun gatal la mama".. hahahhhaa... tergelak besar saya... terus saya terkam dan geletek  dia.... tiba-tiba sambil ketawa Awal cakap "MAMA, RAMBUT MAMA MACAM RAMBUT SINGA LA.." (Rambut singa mengikut kamus AWAL ialah rambut yang tak bersikat ala2 rambut pacak tapi berselerak) nahhhhh! amek sebijik.. Tergelak saya..

Lid: Syukur Ya Allah! Kerana menganugerahkan kebahagian ini.

Tuesday, January 25, 2011

ALOHA!!

Salam and ALOHA,

Sebut saja ALOHA mesti terbayang kepulauan HAWAI spt yang ditonjolkan dalam promosi pelancongan mengenai kepulauan unik ni.. ALOHA bermaksud "hello" atau boleh juga jadi "good bye" bahasa yang biasa digunakan oleh penduduk "pribumi" kepulauan tersebut.

ALOHA (hello) Manjung...!! Saya dah kembali ke Manjung setelah 2 minggu berkursus di KL.
ALOHA (good bye) KL...!! Tiada lagi kesesakan lalulintas, tak perlu lagi makan nasi bungkus... dan yang paling penting sekali, at my home sweet home, taraaaa...The Boys Master, Mr. Rahimi sentiasa disisi..

Semasa kursus ni, saya menjadi satu-satunya wanita Melayu terakhir, dan teman saya adalah satu-satunya wanita Japanese-Chinese-American Mdm. Tracy Saiki.. Berbudi bahasa orangnya, tapi jenuh jugak nak train lidah saya ni berbahasa Inggeris sepanjang dua minggu tu... Sebelum pulang ke Hawai, Mdm. Saiki hadiahkan saya coklat dan tea dari Hawai... seronok bangattt! bukan sebab coklat atau tea, tapi sebab benda2 ni dari Hawai.. (boleh gitu?) In return, saya hadiahkan dia apa? emmmm... tak sempat bagi apa-apa, kerana Mdm Saiki balik awal dari dijangka.. i'll keep in touch dengan dia, banyak ilmu yang boleh saya godek2 dari dia terutamanya dalam bidang berkaitan kerjaya saya.. TQ Ma'am.

Hawaian Tea and Coklat.
Dalam masa dua minggu di KL, bermula dari anak saya  AWAL demam, kemudian adiknya IBNU demam juga dan cirit-birit, kemudiannya saya.. paling teruk, selsema batuk, demam dan cirit birit... dapat MC satu hari semasa kursus tu... Sayang rasanya, bukan senang orang nak hantar kursus, tapi dek kerana sampai diri ini tak berdaya nak berulang ke tandas kerana muntah dan cirit birit, terpaksa merehatkan diri... Alhamdulillah, emak dan ayah ada bersama tolong jagakan the Two Boys yang sedang lasak.. Tq mak and ayah..

Habis kursus, petang tu juga bertolak balik ke kg di Pahang, hantar mak dan ayah. Ahad pagi bertolak balik ke Manjung. Here i am.. kat rumah. Ada beberapa perkara tentang jual beli rumah perlu disetelkan... jadi, saya bercuti dan akan mula bekerja hari khamis ini. Dengan semangat baru!

Lid: Chayok!

Friday, January 21, 2011

SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN BUAT SUAMIKU

(*mode Jiwang)
Selamat Ulangtahun kelahiran yang ke-43 buat Suami Tercinta, Rahimi bin Abdul Rahman. 
Semoga Allah sentiasa memberikan dirimu kesihatan yang baik untuk kita terus bersama-sama menikmati kebahagiaan melayari kehidupan bekeluarga, mendidik dan membesarkan anak-anak.. 

I Love You So Much, for the rest of my life...

FOR THE REST OF MY LIFE - Maher Zain -
I praise Allah for sending me you my love
You found your home and sail with me
And I'm here with you
Now let me let you know
You've opened my heart
I was always thinkin' that love was wrong
But everything was changed when you came along oh
And there is a couple of words I wanna say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I`ll be there for you

I know it deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You're my wife and my friend and my strength
And I pray we're together in Jannah
All I know I found myself
I feel so strong
Yes! Every thing was changed when you came along oh
And there is a couple of words I wanna say

I know deep in my heart
And now that you're here in front of me
I strongly feel love
I strongly feel love
And I have no doubt
And I sing it loud that I will love you eternally

I know it deep in my heart

Lid: Syukur Ya Allah, kerana menghadirkan dia dalam hidupku.

AWAL"saurus" & IBNU AT DINOs EXHIBITION

Salam.

Sudah lama saya dan suami berkira-kira nak bawa Awal dan Ibnu ke Dinos Exhibition di Pusat Sains Negara selepas baca promonya dalam akhbar Utusan tak lama dulu... Awal mmg excited sungguh nak tengok Dinos.    Awal peminat Dinos. daripada koleksi patung mainan, colouring books, board books dan yang terbaru sekali puzzle semuanya  Dinosaurs.  Ibnu? masih belum faham dan belum tunjukkan minat... dia cuma minat gehgitttt orang... hehheeh.
Sementara berada di KL dua minggu ni, weekend lepas berkesempatanlah bawa anak-anak ke Dinos Exhibitions.

Ini T-REX Dino yang menyambut kami.
Haa... Ini Ibnu yang takotttt!!
Ini?? Peminat Dino yang terkejut dan Takut!! 
Oleh kerana ketakutan, dan tak makan dipujuk lagi... ayah dan maknya sahajalah yang tgk dinos2 ni... Ambil koleksi gambar untuk Awal tgk kat laptop. Antara Dinos yang jadi Fav. Awal..


Awal dan Ibnu, ditemani oleh makciknya dan tok... buat aktiviti kat luar ajer..
Meh, suka benor kaler pink!!

Bersama Adik saya, Acik Cuner.. Pink lg..!
"Saya tulun susun sini yer"
Ayahanda dan Bonda saya, mereka sudah tua.. Datang ke KL untuk jaga cucu-cucu sepanjang dua minggu saya disini.. Terima kasih Ayah, Terima Kasih Emak...
Bonda saya Khalijah bt Ismail, yang menjaga cucu sepanjang dua minggu kami di KL.
Ayahanda saya Rahaman bin Brahim, akan sentiasa bersama Bonda.
Ultraman warna warni..
Malam tu.. sibuk Awal nak buka laptop saya.. nak tgk Dinosaours katanya...

Lids: Apa saja,Ayah dan Mama akan cuba jadi ibu bapa sempurna.