Friday, January 21, 2011

AWAL"saurus" & IBNU AT DINOs EXHIBITION

Salam.

Sudah lama saya dan suami berkira-kira nak bawa Awal dan Ibnu ke Dinos Exhibition di Pusat Sains Negara selepas baca promonya dalam akhbar Utusan tak lama dulu... Awal mmg excited sungguh nak tengok Dinos.    Awal peminat Dinos. daripada koleksi patung mainan, colouring books, board books dan yang terbaru sekali puzzle semuanya  Dinosaurs.  Ibnu? masih belum faham dan belum tunjukkan minat... dia cuma minat gehgitttt orang... hehheeh.
Sementara berada di KL dua minggu ni, weekend lepas berkesempatanlah bawa anak-anak ke Dinos Exhibitions.

Ini T-REX Dino yang menyambut kami.
Haa... Ini Ibnu yang takotttt!!
Ini?? Peminat Dino yang terkejut dan Takut!! 
Oleh kerana ketakutan, dan tak makan dipujuk lagi... ayah dan maknya sahajalah yang tgk dinos2 ni... Ambil koleksi gambar untuk Awal tgk kat laptop. Antara Dinos yang jadi Fav. Awal..


Awal dan Ibnu, ditemani oleh makciknya dan tok... buat aktiviti kat luar ajer..
Meh, suka benor kaler pink!!

Bersama Adik saya, Acik Cuner.. Pink lg..!
"Saya tulun susun sini yer"
Ayahanda dan Bonda saya, mereka sudah tua.. Datang ke KL untuk jaga cucu-cucu sepanjang dua minggu saya disini.. Terima kasih Ayah, Terima Kasih Emak...
Bonda saya Khalijah bt Ismail, yang menjaga cucu sepanjang dua minggu kami di KL.
Ayahanda saya Rahaman bin Brahim, akan sentiasa bersama Bonda.
Ultraman warna warni..
Malam tu.. sibuk Awal nak buka laptop saya.. nak tgk Dinosaours katanya...

Lids: Apa saja,Ayah dan Mama akan cuba jadi ibu bapa sempurna.



No comments:

Post a Comment