Tuesday, January 4, 2011

Perasaan

Salam :-)

Pernah tak rasa mcm ada hari-harinya  penyakit malas nak mengepam?
Tak adeR? hhuhuhu... saya lah yang pernah begitu... 
Jika pernah, setujukah jika saya katakan, Inilah dugaan dan cabaran penyusuan yang paling kita perlu dan amat-amat berwaspada dengannya... 
kerana dugaan dan cabaran ini datang dari sikap kita sendiri...
kita yang mula merasa malas, (kita ada pilihan untuk memotivasikan diri menjadi rajin),
kita yang mula membuat pilihan untuk bersikap tak aper (stock banyak lagi),
kita yang ambil mudah dan sambil lewa..
dan semuanya bermula atas sikap kita sendiri... 
kerana bertitik tolak dari sini, kita yang akan mula membuat keputusan, dan kita akan mereka berbagai alasan untuk tidak mengepam, untuk tidak menyimpan stock dan untuk tidak meneruskan penyusuan...

Selalunya, jika sesekali perasaan ini terdetik saya akan:
1. Cepat-cepat  beristighfar - jgn lupa... menyusu itu satu Amanah wahai Sang Ibu.
(memesan pada diri sendiri)
2. Bayangkan wajah si anak - Waaaaa! Ibnu hanya mahu yang terbaik mama, susu cap Mama!
3. Dan di waktu inilah saya akan membaca pengalaman, susah payah, kisah-kisah penyusuan rakan-rakan di laman Maya ini..
Kisah-kisah BF mummies,
Tersenyum, tersengih dan adakalanya terharu dan mengalirkan airmata membaca kegigihan mereka...
Terima kasih mereka mereka ini dan ramai lagi. 
Kegigihan anda sebenarnya, telah memotivasikan ramai lagi (antaranya spt saya) untuk menjadi sekurang-kurangnya hampir segigih anda. 
4. Berdoa, berdoa dan berdoa agar Allah sentiasa mempermudahkan laluan saya (dan semua ibu-ibu) dalam memenuhi misi penyusuan ini. AMIN.

Lids: Syukur Ya Allah! kerana telah memberikan peluang dan ruang kesempatan kepada kami ibu-ibu merasai nikmat perasaan yang sangat indah dalam momen penyusuan  ini.
Photobucket


No comments:

Post a Comment