Sebut saja ALOHA mesti terbayang kepulauan HAWAI spt yang ditonjolkan dalam promosi pelancongan mengenai kepulauan unik ni.. ALOHA bermaksud "hello" atau boleh juga jadi "good bye" bahasa yang biasa digunakan oleh penduduk "pribumi" kepulauan tersebut.
ALOHA (hello) Manjung...!! Saya dah kembali ke Manjung setelah 2 minggu berkursus di KL.
ALOHA (good bye) KL...!! Tiada lagi kesesakan lalulintas, tak perlu lagi makan nasi bungkus... dan yang paling penting sekali, at my home sweet home, taraaaa...The Boys Master, Mr. Rahimi sentiasa disisi..
Semasa kursus ni, saya menjadi satu-satunya wanita Melayu terakhir, dan teman saya adalah satu-satunya wanita Japanese-Chinese-American Mdm. Tracy Saiki.. Berbudi bahasa orangnya, tapi jenuh jugak nak train lidah saya ni berbahasa Inggeris sepanjang dua minggu tu... Sebelum pulang ke Hawai, Mdm. Saiki hadiahkan saya coklat dan tea dari Hawai... seronok bangattt! bukan sebab coklat atau tea, tapi sebab benda2 ni dari Hawai.. (boleh gitu?) In return, saya hadiahkan dia apa? emmmm... tak sempat bagi apa-apa, kerana Mdm Saiki balik awal dari dijangka.. i'll keep in touch dengan dia, banyak ilmu yang boleh saya godek2 dari dia terutamanya dalam bidang berkaitan kerjaya saya.. TQ Ma'am.
Hawaian Tea and Coklat. |
Habis kursus, petang tu juga bertolak balik ke kg di Pahang, hantar mak dan ayah. Ahad pagi bertolak balik ke Manjung. Here i am.. kat rumah. Ada beberapa perkara tentang jual beli rumah perlu disetelkan... jadi, saya bercuti dan akan mula bekerja hari khamis ini. Dengan semangat baru!
Lid: Chayok!
No comments:
Post a Comment