Bermula Selasa lalu hingga hari ini, sudah enam hari Awal melalui fasa-fasa untuk jadi Big Boy. Big Boy yang sudah tidak lagi pakai diaper, sudah pandai "buang air" sendiri di tandas.
Hujung bulan ini (26hb) genap umur Awal 3 tahun 4 bulan, atau mengikut tahunnya sudah "ampat tahun". Sebelum ini pernah juga sewaktu Awal hampir memasuki usia 3 tahun, saya latih dia untuk diaper free, untuk jadi Big Boy ( big boy mesti dah tak pakai diaper kata saya padanya :-). Tetapi oleh kerana kurang "istiqomah" daripada saya sendiri untuk training ini.. usaha itu tidak berjaya.
Baru-baru ini, Awal kena ruam lampin yang sangat teruk kerana selama beberapa hari , pengasuh telah memakaikan diaper jenama lain (bukan Awal punya) sewaktu di TASKA. Kes tertukar diaper, sehingga saya menyangka bekalan diapernya di TASKA sudah kehabisan (rupanya tidak). Oleh kerana kesan garu yang keterlaluan, bahagian "lampin" Awal "cedera parah". Setiap kali mandi atau membuang air, Awal akan menangis, dan refuse untuk terkena air atau di lap bahagian yang luka.
Namun, ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Dalam kesakitan tersebut dan setelah puas dipujuk, Awal akhirnya rela untuk tidak dipakaikan diaper. Sebelum itu, walaupun puas dipujuk, walaupun dalam kesakitan, Awal refuse dan tidak menerima idea untuk dia hanya ber"underwear". Dia akan menangis selagi tidak dipakaikan diaper. Mungkin kerana terasa "kosong" tanpa diaper dan mungkin agak "kegelian" apabila seluar bergesal dengan "birdie"nya.
Kesempatan saya ambil pada cuti panjang sempena Chinese Nu Year ini. Bermula dengan cloth diaper, saya perlahan memujuk Awal untuk tidak berdiaper. "Underwear" doraemon merupakan umpan seterusnya. Alhamdulillah.. dalam tempoh itu, hanya dua kali Awal terkucil. Saya akan kerap bertanya samada dia ingin ke tandas. Setengah jam ke sejam sekali mengikut kekerapan Awal minum. Setiap kali Awal menyuarakan hasrat untuk menyelesaikan "bussiness"nya saya berlarian bersama Awal ke tandas. Aktiviti ke tandas menjadi satu keseronokkan buat dia. Selesai "bussiness"nya Awal di reward dengan kata-kata "Yeayyy! Awal Good Boy!". Awal pulak akan akan tersengih-sengih dan cakap " Mama, Awal dah pandai kencing sendiri la Mama''. Hhheheheheh...
Sebelum ini, saya pernah terbaca untuk ibubapa memberikan tempoh 21 hari kepada anak kecil dalam setiap perubahan yang ingin dilakukan. Dan kebiasaanya dalam tempoh 7 hari kanak-kanak akan dapat menyesuaikan diri dengan perubahan tersebut. Yang paling penting ialah kesabaran dan kesungguhan daripada ibubapa sendiri. Dalam masa yang sama perlu menanamkan keyakinan terhadap kemampuan dan kebolehan anak tersebut. Paling penting anak sudah bersedia.
Walau bagaimanapun, untuk mengelakkan "insiden" yang tidak diingini di malam yang boleh mengganggu gugat mimpi-mimpi indah mamanya, sebelum tidur, selesai urusan di tandas, Awal akan dipakaikan cloth diaper.. Hmmm, bagi masa untuk dia. Mudah-mudahan selepas ini, training untuk tidak berdiaper sewaktu tidur juga akan berjaya.
Lid: Excited melalui fasa-fasa ini.
hehe~ tmbah pngalaman..wee~ :)
ReplyDeleteAna: nanti lalui pulak yer... :-)
ReplyDeleteSaat bersama dan mendidik anak - anak sangat menyeronokkan Lid Jelita..he3
ReplyDeleteSaya melalui proses nak memberhentikan pemakaian pampers semasa umur anak saya 4thn(rasa mcm lambat sgt). Saya mulakan ketika saya berpantang anak ke-2. Memang sgt memenatkan dan mencabar. Suami pula jenis tak sabar dan panas baran, insiden terkucil tu mmg selalu tapi saya sabar dan akhirnya saya berjaya. Saya mmg kurangkan sukatan susu, ajar kencing sblm tidur, dan kadang2 saya kejutkan (paksa) dah lama2 dia dah terbiasa dgn rutin tu. Skrg dah 5thn ada le sekali 2 dia terkucil juga.
ReplyDeleteKak Melur Jelita: Mmg seronok, time dorang 'mengamok" lagiiii seronokkkk... hehhehe. Semoga saya berjaya didik hati jadi ibu yang lebih sabar.
ReplyDeleteAzrina: Tq singgah sini... Saya pun rasa mcm dah lambat juga train AWAL... Tapi alhamdulillah dah berjaya... walaupun insiden terkucil masih lagi ada sekali sekala. Setuju dgn azrina, mmg letih dan penat, lebih2 lagi time "terkucil"... mmg kena banyak sabar...
memang susah nak stopkan diaper diorang. Kita dah kena 2... tinggal lagi 1 :)
ReplyDeleteKak,
ReplyDeletekakak Saya dalam proses nk train anak dia free diapers.
Saya share ye akak nye ni kat dia.
Thanks.
Nora: Semoga berjaya Nora..
ReplyDeleteMimi: Silakan Mimi.. yang penting sebagai mama, kesabaran kita kena tinggi..