Friday, February 18, 2011

KENANGAN ITU MENERPA...

Salam,

Semalam saya dan beberapa rakan dari organisasi tempat kami bertugas telah diarahkan untuk mengambil ujian Bahasa Inggeris iaitu AUSTRALIAN DEFENCE FORCE ENGLISH LANGUAGE PROFILING SYSTEM  atau ADFELPS. Ujian ini dilaksanakan bagi melihat kemampuan pengusaan Bahasa Inggeris bagi setiap penjawat dalam organisasi di tempat saya bertugas. Keputusan ujian tidak akan memberikan apa-apa kesan kepada kerjaya, cumanya kepada yang lemah penguasannya mungkin organisasi akan membuat perancangan untuk peningkatan memandangkan kepentingan pengusaan bahasa ini selain daripada bahasa Ibunda tercinta. Ujian meliputi aspek Reading, Listening, Writing dan Speaking.

Alhamdulillah, walaupun keputusannya masih belum diketahui, sekurangnya saya telah berjaya menduduki ujian ini dan dapat menilai dan meletak kemampuan tahap penguasaan Bahasa Inggeris saya.

Semalam, sewaktu ujian terakhir (Speaking), tiba-tiba kenangan itu menerpa.. rasa rindu mengasak-ngasak di dada saya.. "menggebu-gebu". Rentetan tester meminta untuk menceritakan mengenai pengalaman manis atau sedih yang tak dapat dilupakan sebagai warm up sesi Speaking waktu itu. Sewaktu menceritakan perkara paling sedih yang pernah saya lalui, saya hampir mengalirkan air mata... Pengalaman itu ialah pada detik-detik kelahiranYusuf, baby pertama saya yang meninggal dunia selepas 5 minit menyedut udara luar dari rahim saya.

Dan semalam hingga hari ini, perasaan saya terbawa-bawa... rindu pada Yusuf mengasak jantung hati saya... teringat-ingat lagi saat nurse menyerahkan Yusuf dalam dakapan saya... masa itu, Yusuf sudah tiada... Saya peluk dan cium Yusuf sepuasnya dengan derai air mata....Yusuf yang 41 minggu berada dalam rahim saya, Yusuf yang aktif menendang-nendang perut saya dan Yusuf yang sentiasa menggembirakan saya dengan hanya gerakan yang bisa dirasa... Saya redha dengan ketentuanNya, saya redha Yusuf pergi... cuma sesekali rindu itu datang seperti perasaan saya pada hari ini..

5 comments:

  1. ala sedih... Nanti dia tunggu kat syurga.
    Al Fatihah untuk arwah.

    ReplyDelete
  2. jgn sedih ye k.lid..nanti saya pun sedih sama..
    tapi,itulah ibu kan..rindu pada anak yang pernah dikandung,wlpun tidak pernah bermanja di dunia ni..

    ok ok..tamo sedih2 k?k.lid sure tak nak saya sedih gak kan..

    ReplyDelete
  3. Mimi: Tq Mimi.

    AsH: Huhuhu.. mmg kalau citer bab Yusuf walaupun dah empat tahun lebih berlalu tetap air mata tu laju jer nak turun..

    ok, ok.. takmo sedey2 lagi... tq ash.

    ReplyDelete
  4. Sorry puan.. tak tau pulak kisah ni... AlFatihah, insyaAllah dia setia menanti puan di padang masyar...

    ReplyDelete
  5. Ayin: tq.. kisah ini, kisah yang sentiasa disulam airmata.

    ReplyDelete