Assalamualaikum,
Sejak Isnin lepas (dan nak bertemu Isnin semula) mmg dah berazam nak menyelesaikan perkara ini... Tertangguh dari sehari ke sehari... Selagi tak selesai, setiap hari saya berazam... sehari ke sehari, sampai malam ini dengan rasminya saya berjaya melaksanakn misi yang dah tertangguh ini..
Bermula dari balik bercuti dari Kg. Durian, serta dengan cuaca yang boleh kata tiap-tiap hari "basah".. (syukur dengan nikmat dan rahmat hujan...). Makin hari makin bertambah... memang bab ini saya agak malas, rasa mcm remeh sungguh nak mengadap. Tambahan pula kalau dua teruna, Awal dan Ibnu ada... mmg tak menjadilah nak lunaskan misi ini...
Malam ini, dua teruna tidurawal, lepas maghrib dah lena keletihan... siangnya penat bermain, petangnya bawak pegi main pasir kat tepi pantai berdekatan dengan kg nelayan di Teluk Muroh... Masuk maghrib dua-dua "hanyut"..
Jeng..jeng... misi bermula...dengan bantuan Mr. Hubby berjaya juga saya menyelesaikan MiSi MeLIPAT KAIN yang dah bertimbun-timbun...hheheheh.., Lama juga makan masa melipat kain ni.. sebab lepas lipat... kena suaikan baju Awal dan Ibnu ikut pasangan yang betul.. pastu asingkan siap2 dan susun... kalau tak ikut pasangan siap-siap n asingkan, nanti akan tengok la Mr. Hubby pakaikan anak baju warna hijau n seluar warna merah...(tak matching sbb ikut sempat jer amek...) atau Abang akan pakai baju adik n vice versa..
Emmm... kalau la ada mesin lipat kain... saya akan usaha beli... mmg bab melipat kain yang paling saya malas.. Kawan-kawan bagaimana?
Lids: Lega "mata"...
Sunday, March 27, 2011
Tuesday, March 22, 2011
SAYA "GEGHAMM", SAYA "GEHGHITT"
Assalamualaikum Auntie semua yang saya sayangi,
Nama saya IBNU. Mama kata umur saya satu tahun 5 bulan dan bulan sepuluh tahun ini, saya akan sambut Happy Birthday yang ke-2. Sampai sekarang, Alhamdulillah... saya masih minum susu Mama saya yang lemak berkrim.
Semalam secara tak sengaja, saya tergigit kawan saya Alesya sewaktu di TASKA. Saya GEGHAMMM tengok dia, dia putih melepakkk, sebab geram, saye gigit dia.. Saya bukan nak sakitkan dia, saya cuma nak bagitau dia, dia comel, putih dan cantik...
TAPI... Alesya nangis, kakak dan mama TASKA marah saya... Saya minta maaf, saya cuma nak bagitau Alesya, yang dia comel dan saya suka tengok dia... saya tak tau pun saya gigit boleh buat Alesya nangis... Kesian Alesya, tangan dia merah ada kesan gigi saya...
Petang semalam, mama TASKA bagi tau Mama saya dan tunjuk tangan Alesya yang kena gigit tu... Lepas tu, Mama saya tunggu Papa dan Mama Alesya datang serta minta maaf. Saya pun dah "minta maaf" dengan Alesya... Kami main dan gelak-gelak.. Alesya pun dah tak nangis lagi..
Petang semalam, mcm selalu-selalu jugak...banyak kali mama saya pesan... berkali-kali... "Ibnu jgn gigit kawan, ibnu jangan gigit abang.. ibnu jangan gigit mama tau... nanti tangan kawan merah, tak baik...nanti kawan nangis..nanti kawan sakit.."
TAPI.... saya bukan nak bagi kawan atau abang sakit... saya juga bukan nak bagi mama marah... CUMA...
"SAYA GEGHAMMMM.. SAYA RASA MCM NAK GEHGHITTT JER"...
Emmm... auntie-auntie yang baca ni, tolong la saya, saya dah tak mau gigit kawan saya lagi... nak buat mcm mana ye, bila saya gerammmm...!?
Saya,
IBNU BIN RAHIMI
Lid: Insiden gigit di TASKA lagi...Huhuhu..
Nama saya IBNU. Mama kata umur saya satu tahun 5 bulan dan bulan sepuluh tahun ini, saya akan sambut Happy Birthday yang ke-2. Sampai sekarang, Alhamdulillah... saya masih minum susu Mama saya yang lemak berkrim.
TAPI... Alesya nangis, kakak dan mama TASKA marah saya... Saya minta maaf, saya cuma nak bagitau Alesya, yang dia comel dan saya suka tengok dia... saya tak tau pun saya gigit boleh buat Alesya nangis... Kesian Alesya, tangan dia merah ada kesan gigi saya...
Petang semalam, mama TASKA bagi tau Mama saya dan tunjuk tangan Alesya yang kena gigit tu... Lepas tu, Mama saya tunggu Papa dan Mama Alesya datang serta minta maaf. Saya pun dah "minta maaf" dengan Alesya... Kami main dan gelak-gelak.. Alesya pun dah tak nangis lagi..
Petang semalam, mcm selalu-selalu jugak...banyak kali mama saya pesan... berkali-kali... "Ibnu jgn gigit kawan, ibnu jangan gigit abang.. ibnu jangan gigit mama tau... nanti tangan kawan merah, tak baik...nanti kawan nangis..nanti kawan sakit.."
TAPI.... saya bukan nak bagi kawan atau abang sakit... saya juga bukan nak bagi mama marah... CUMA...
"SAYA GEGHAMMMM.. SAYA RASA MCM NAK GEHGHITTT JER"...
Emmm... auntie-auntie yang baca ni, tolong la saya, saya dah tak mau gigit kawan saya lagi... nak buat mcm mana ye, bila saya gerammmm...!?
Saya,
IBNU BIN RAHIMI
Lid: Insiden gigit di TASKA lagi...Huhuhu..
Sunday, March 20, 2011
PERCUTIAN DI KAMPUNG DURIAN
Salam,
Lama sudah saya tidak berkesempatan mengupdate blog yang mmg jarang-jarang di update ini.. Hari ini saya bersiaran dari rumah mertua di Alor Star. Sebelum ini kami sekeluarga menghabiskan cuti di pondok a.k.a dangau kami yang mmg amat jarang-jarang kami kunjungi. Selalunya masa bercuti panjang baru kami ke sini.. di KG. DURIAN.
Nama KG. DURIAN untuk pondok dusun kami ini, Awal yang bagi. Nama kampung. sama macam cerita Geng Pengembaraan Bermula (Upin&Ipin).. Pondok yang dikelilingi pokok durian, rambutan, manggis serta pokok petai pun ada.. Pokok lain yang ada di sini ialah pokok "buluh lemang".. Yang paling seronok, keliling dusun ialah anak sungai yang jernih, bersih lagi segar dan grrrrrr...sejuk. Udara pun nyaman sentiasa, redup dan sejuk.. best untuk Abg Amirul layan tido. My Big Boy, Amirul... asyik qadha tido jer la kat sini... sekali jer dia terjun sungai..."eeeee, sejuk la mama," katanya..
Sudah lama Awal asik sebut-sebut nak ke Kg. Durian.. dan kami pun dah rindu nak main pondok-pondok dan tidur di Kg Durian. Kg yang nyaman, sunyi, jauh dari kesibukan dan bunyi bising.. Line hp pun amat susah untuk dapat, kecuali jika berada di luar rumah.. Broadband? jangan harap...mmg tak dapat langsung. Mmg la amat sesuai kami sekeluarga decide balik Kg. Durian cuti kali ini. Kebetulan, pondok kg durian baru jer lepas dinaiki air banjir seminggu sebelum kami balik.. Mujur, bapa saudara yang tinggal berdekatan dah tolong cuci dan kemas...
ehhhmm... percutian tiga hari dua malam yang sangat seronok... cuma yang kurang best, belum musim buah... kalau musim buah... gedebukkkk!!! durian gugur jer, cepat2 pegi kutip and makan... Tu belum lagi cakap pasal rambutan dan manggis.... best! best! tak sabar tunggu musim buah ni.. Saya sorang jer yang layan durian ni.. Hubby, Abg Amirul, n and si kecik dua orang.. mmg tak pandang pun... Dorang looking forward nak balik kg durian sbb nak mandi sungai ajer...
Tunggu bulan tujuh ni, sapa2 nak join meh laaa...hehehheehe.. Musim yang lepas, ada juga rakan2 my hubby datang makandan angkut durian..tapi masa tu pondok kami masih dalam pembinaan... kali ni sapa-sapa datang boleh la join main pondok2 sekali...hehehehhe..
LiD: Saya "hantu" durian..
Lama sudah saya tidak berkesempatan mengupdate blog yang mmg jarang-jarang di update ini.. Hari ini saya bersiaran dari rumah mertua di Alor Star. Sebelum ini kami sekeluarga menghabiskan cuti di pondok a.k.a dangau kami yang mmg amat jarang-jarang kami kunjungi. Selalunya masa bercuti panjang baru kami ke sini.. di KG. DURIAN.
Ini tempat kami main pondok-pondok..Tangga dibina untuk mudah kami berendam dan terjun ke sungai. |
Sudah lama Awal asik sebut-sebut nak ke Kg. Durian.. dan kami pun dah rindu nak main pondok-pondok dan tidur di Kg Durian. Kg yang nyaman, sunyi, jauh dari kesibukan dan bunyi bising.. Line hp pun amat susah untuk dapat, kecuali jika berada di luar rumah.. Broadband? jangan harap...mmg tak dapat langsung. Mmg la amat sesuai kami sekeluarga decide balik Kg. Durian cuti kali ini. Kebetulan, pondok kg durian baru jer lepas dinaiki air banjir seminggu sebelum kami balik.. Mujur, bapa saudara yang tinggal berdekatan dah tolong cuci dan kemas...
Tsunami kecil..kayu hanyut tersangkut di titi nak masuk ke Kg Durian masa banjir baru ni. |
Sungai yang amat jernih dan bersih... dan Sejukkkkkk!!! Dua hari di sini, celik mata ajer, Awal dah nak mandi sungai.. |
Nak ambil gambar lembu sebenarnya... sesat masuk gate kg Durian.. Di Ampaian buluh tu..karpet buruk yg belum kering kena banjir.. |
Siap-siap beli bot untuk main kat sungai ni.. |
Sejukkkk... tapi seronok! |
Sebenarnya Awal bukan nak mandi sangat.. tapi nak main pasir.. |
Awal mmg kurang adventure, suka main pasir dan main kat tepi2 jer.. Sebab tak tahan sejuk pun sama.. |
Haaa... Ibnu, mmg pantang, jenuh nak kepung dia.. |
Sejukkkk!! Sukanya dia... Sejuk pun tak apa... janji seronok.. |
Tunggu bulan tujuh ni, sapa2 nak join meh laaa...hehehheehe.. Musim yang lepas, ada juga rakan2 my hubby datang makan
LiD: Saya "hantu" durian..
Tuesday, March 15, 2011
SOALAN LAZIM PENGHARAMAN BOTOL SUSU POLIKARBONAT YANG MENGANDUNGI BPA
Salam,
Semalam kerajaan melalui Kementerian Kesihatan telah mengumumkan pengharaman penjualan dan pasaran botol susu bayi polikarbonat yang mempunyai Bisphenol A berkuatkuasa mulai 1 Mac 2012. Masa berita ini berkumandang di TV3, saya sedang memasak didapur. Mr Hubby cepat2 panggil untuk tengok TV masa tu.
Memang diakui isu botol susu polikarbonat yang mengandungi BPA bukan lagi isu baru. Tetapi tak dinafikan juga, walaupun ini bukan perkara baru, ada ramai (terutama ibubapa) yang tidak menyedari dan mengetahui bahaya ini kepada bayi-bayi yang menyusu menerusi botol ini.
Disini saya kongsikan maklumat daripada Laman Web Rasmi Kementerian Kesihatan mengenai jawapan kepada soalan-soalan lazim mengenai isu ini.
PENGHARAMAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT YANG MENGANDUNGI BISPHENOL A
1. APAKAH ITU POLIKARBONAT?
Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi.
2. APA ITU BISPHENOL A (BPA)?
BPA ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar.
3. BAGAIMANA MENGENALI BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT?
Botol susu bayi polikarbonat ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:
- Nombor 7
- Nombor 7 dan PC
- Nombor 7 dan ‘other’
Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau ‘Bebas BPA’.
4. APAKAH KESAN BPA KE ATAS KESIHATAN MANUSIA?
BPA diketahui boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon yang menyebabkan gangguan sistem fungsi tubuh.
5. BAGAIMANAKAH BAYI BOLEH TERDEDAH DENGAN BPA MELALUI BOTOL SUSU POLIKARBONAT?
BPA boleh berpindah daripada botol susu polikarbonat ke dalam susu bayi seperti berikut:
- Permukaan dalam botol susu bayi yang calar atau rosak.
- Air panas dimasukkan terus ke dalam botol susu bayi.
6. APAKAH LANGKAH PROAKTIF KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA DALAM MENANGANI ISU INI?
- KKM mengambil keputusan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA berkuatkuasa 1 Mac 2012.
- KKM memberikan tempoh masa satu (1) tahun kepada pihak industri untuk menghabiskan botol susu bayi polikarbonat yang sedia ada di pasaran tempatan.
- KKM dengan kerjasama agensi seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan Kementerian Penerangan akan membuat hebahan secara meluas kepada kumpulan sasar serta mengedarkan bahan-bahan pendidikan kesihatan berkaitan perkara ini.
7. MENGAPA KKM MASIH MEMBENARKAN PENJUALAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT SEHINGGA SATU (1) TAHUN WALAUPUN KESANNYA KE ATAS KESIHATAN MANUSIA TELAH DIKETAHUI?
Tindakan pengharaman penjualan botol susu bayi polikarbonat ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA adalah selamat terutamanya untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi seperti bayi.
KKM memberikan masa perubahan (transition period) secara berperingkat kepada semua pihak untuk ‘phasing out’ botol susu polikarbonat yang mengandungi BPA. Tindakan ini adalah selari dengan tindakan negara-negara lain yang telah mengharamkan BPA.
8. KENAPAKAH PENGHARAMAN INI DIKENAKAN KE ATAS BOTOL SUSU BAYI SAHAJA?
Tindakan ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang menunjukkan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi seperti bayi.
9. APAKAH LANGKAH BERJAGA-JAGA SEKIRANYA PENGGUNA MASIH MENGGUNAKAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT?
Pengguna disarankan mengikut langkah berjaga-jaga seperti berikut :
- Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.
- Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
- Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
- Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.
- Namun begitu, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing.
10. APAKAH CARA TERBAIK UNTUK PENGGUNA SEKIRANYA MENGGUNAKAN AIR PANAS UNTUK MENYEDIAKAN BANCUHAN SUSU DALAM BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT?
Bancuhan susu boleh disediakan terlebih dahulu di dalam bekas lain yang bersih dan selamat.
Sebagai contoh, bagi bancuhan susu sebanyak 150ml, masukkan lebih kurang 100ml air panas ke dalam bekas lain yang bersih dan selamat dan tambahkan susu mengikut sukatan. Bila bancuhan susu menjadi suam, masukkan ke dalam botol susu bayi polikarbonat dan tambahkan air suam sehingga menjadi 150ml.
11. APAKAH ALTERNATIF BOTOL SUSU BAYI YANG TERDAPAT DI PASARAN?
Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran seperti yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone(PES), polyamides (PA) kaca dan lain-lain.
12. APAKAH NEGARA-NEGARA YANG TELAH MELARANG PENJUALAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT?
Negara-negara yang telah mengambil langkah awal mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA adalah Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand dan negeri New York di Amerika Syarikat. Perkembangan terkini adalah pengumuman pengharaman botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA oleh pihak Kesatuan Eropah.
13. APAKAH TINDAKAN YANG PERLU DIBUAT OLEH PENGGUNA SELEPAS 1 MAC 2012?
Walaupun tarikh penguatkuasaan ke atas pengharaman botol susu bayi polikarbonat di pasaran adalah pada 1 Mac 2012, pengguna yang masih menggunakan botol susu bayi polikarbonat di rumah perlu memeriksa keadaan botol susu tersebut dan sekiranya tiada calar atau rosak, ianya masih boleh digunakan mengikut panduan KKM. Jika ada calar atau rosak, pengguna perlu menukar botol susu bayi polikarbonat tersebut kepada botol susu yang bebas BPA.
14. ADAKAH PUTING SUSU BAYI MENGANDUNGI BPA?
Tidak. Puting susu bayi biasanya diperbuat daripada bahan seperti silikon dan getah yang tidak mengandungi BPA.
15. BAGAIMANA KEADAAN PENGGUNA YANG PERNAH ATAU TELAH LAMA MENGGUNAKAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT?
Tindakan pengharaman penjualan botol susu bayi polikarbonat ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA adalah selamat terutamanya untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi seperti bayi. Tindakan pengharaman ini juga diambil adalah berdasarkan penemuan dan perkembangan terkini.
Walau bagaimanapun, pengguna yang masih menggunakan botol susu bayi polikarbonat di rumah perlu memeriksa keadaan botol susu tersebut dan sekiranya tiada calar atau rosak, ianya masih boleh digunakan mengikut panduan KKM. Jika ada calar atau rosak, pengguna perlu menukar botol susu bayi polikarbonat tersebut kepada botol susu yang bebas BPA bagi mengurangkan pendedahan terhadap BPA.
16. ADAKAH PERKAKASAN DAN BEKAS MAKANAN / MINUMAN BAYI SEPERTI PINGGAN, SUDU DAN CAWAN PLASTIK JUGA MENGANDUNGI BPA?
Tidak. Perkakasan dan bekas makanan / minuman bayi biasanya diperbuat daripada bahan yang tidak mengandungi BPA seperti silikon, polypropylene, dan stainless steel.
17. ADAKAH BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT MENGANDUNGI MELAMIN YANG BOLEH BERPINDAH KE DALAM SUSU?
Tidak. Botol susu bayi polikarbonat tidak mengandungi melamin.
18. APAKAH CONTOH BEKAS MAKANAN ATAU MINUMAN LAIN YANG DIPERBUAT DARIPADA POLIKARBONAT YANG MENGANDUNGI BPA SELAIN DARIPADA BOTOL SUSU BAYI?
Bekas makanan atau minuman yang biasanya diperbuat daripada polikarbonat adalah seperti botol menyimpan air (tumbler) dan bekas air guna semula.
19. KENAPA KKM TIDAK MENGHARAMKAN BEKAS MAKANAN ATAU MINUMAN LAIN YANG DIPERBUAT DARIPADA BAHAN PLASTIK POLIKARBONAT? APAKAH TINDAKAN KKM SETERUSNYA?
Berdasarkan kepada pengetahuan masa kini dan bukti saintifik dari negara maju lain, tiada kesan terhadap kesihatan. Sehubungan itu tiada keperluan untuk mengambil sebarang tindakan pengharaman ke atas bekas makanan atau minuman lain yang diperbuat daripada polikarbonat selain daripada botol susu bayi buat masa ini.
Semua bekas makanan atau minuman lain yang diperbuat daripada polikarbonat perlu mematuhi Malaysian Standard MS 2234:2009 – Plastic Materials and Articles Intended to Come into Contact with Food, di mana specific migration limit (SML) bagi BPA adalah pada paras 0.6 mg/kg (sama seperti negara EU).
KKM akan terus memantau produk-produk bekas makanan dan minuman lain yang diperbuat daripada polikarbonat di pasaran tempatan serta mengikuti perkembangan saintifik antarabangsa dari masa ke semasa berkaitan isu BPA ini.
14-03-2011
Lid: Masih belum terlambat...
Friday, March 11, 2011
USAH MALU MENGEPAM SUSU BADAN
Salam Jumaat,
Tertarik sungguh dengan artikel ini, temubual dengan Puan Farah Farhan, seorang ikon penyusuan susu ibu dan Kaunselor Laktasi yang amat saya kagumi... muda dari segi usia, tetapi matang dan cukup masak dengan pengalaman dalam penyusuan susu ibu berdasarkan pengalaman yang beliau lalui sendiri.
Saya kongsikan artikel ini. SUMBER : KOSMO.
Oleh FARHANA HANIM MOHD. MYDIN
farhana.mydin@kosmo.com.my
farhana.mydin@kosmo.com.my
MENYUSU badan kini sudah kembali sebagai trend malah, ramai ibu muda pada masa kini tanpa mengeluh tetap akan mencari sudut privasi bagi menyusukan anak walaupun di pusat beli-belah, kedai makan mahupun dalam majlis keramaian.
Jika tidak diberi menyusu terus dari payu dara, lambakan jenama dan jenis pam susu badan manual mahupun elektrik menjadikan wanita yang berkerjaya juga mampu memberikan susu badan secara eksklusif kepada bayi mereka.
Menyusukan anak secara eksklusif bermakna bayi disusukan dengan susu ibu sahaja tanpa diberi air masak, susu formula atau makanan tambahan lain selama enam bulan dan meneruskannya sehingga dua tahun.
Justeru itu, pemilihan pam susu yang bersesuaian perlu dititikberatkan untuk mengelakkan proses mengeluaran susu tidak terganggu akibat kejutan terutama dari segi sedutan.
Menurut Kaunselor Laktasi dan Pengarah Urusan Sarakids, Nor Farah Farhan Abdul Fattah, pemilihan pam yang bergred hospital amat penting kerana ia lebih selesa digunakan, mengikut sedutan seperti mulut bayi selain tidak menyakitkan.
Menceritakan lebih lanjut, wanita yang mesra disapa Farah, 30, mencadangkan supaya ibu-ibu yang bekerja membuat kaji selidik menerusi Internet, rakan-rakan yang berpengalaman ataupun berjumpa dengan pakar laktasi sebelum membeli gajet tersebut.
Katanya, sekiranya tersilap memilih kerana mahu yang murah, mungkin pam tersebut tidak bergred hospital sekali gus membantutkan proses pemerahan susu apabila payu dara ibu berasa sakit dan tidak selesa.
“Pemilihan pam yang betul sangatlah penting kerana ciri-ciri pam yang sepatutnya dipilih adalah sedutan yang menyerupai hisapan mulut bayi,” jelasnya.
Tambahnya, bagi ibu yang bekerja, lebih mudah sekiranya mereka memilih pam berganda (double-pumping) kerana ia amat menjimatkan masa, iaitu mereka boleh memerah susu pada kedua-dua belah payu dara secara serentak untuk tempoh 20 hingga 30 minit.
Kelengkapan pam
Selain pemilihan pam susu, ibu juga sudah boleh mula mencari produk penyusuan susu ibu di pasaran seperti beg penyejuk, gel ais dan beg yang bersesuaian untuk memudahkan ibu semasa hendak mula bekerja nanti.
Kata Farah, susu ibu boleh disimpan dalam peti sejuk dua pintu (pintu atas) selama tiga bulan, peti sejuk satu pintu selama dua minggu dan peti sejuk beku selama enam bulan.
Bagi wanita yang bekerja, memang diakui, pada mulanya pasti ramai yang agak malu untuk melakukan proses mengepam di tempat kerja yang sudah tentu menarik mata nakal rakan lelaki yang memandang.
“Sebenarnya mudah sahaja untuk mengepam di pejabat, yang paling penting pemilihan baju serta pakaian dalam yang mudah untuk diselak untuk mencekup corong pam susu dengan mudah.
“Selain itu, pemilihan pam elektrik yang kurang mengeluarkan bunyi, malah boleh juga ditempatkan motor pam itu di dalam beg khas untuk mengurangkan gegaran dan juga bunyi pam,” katanya yang turut mereka pam elektrik jenama sendiri, Modu hasil kerjasama dengan Insan iaitu sebuah syarikat di Korea.
Kelebihan susu badan
Bagi ibu yang meninggalkan anak di rumah pengasuh, oleh kerana kebanyakan pengasuh sudah terbiasa memberikan susu formula kepada bayi di bawah jagaan mereka, ia menyebabkan kemungkinan bekalan susu perahan yang disediakan tidak mencukupi selama di rumah pengasuh.
Ini kerana ramai yang keliru mengenai kuantiti susu diperlukan oleh bayi yang membesar dari bulan ke bulan.
Ia menyebabkan ramai ibu berada dalam dilema sama ada terus memberi anak susu badan apabila si kecil di bawah jagaan pengasuh.
Nasihat Farah, konsep permintaan dan pembekalan perlu difahami ibu supaya mereka tidak tersalah anggap dengan kebolehan badan menghasilkan susu untuk anak-anak.
“Sebenarnya ramai ibu yang tidak tahu bahawa pengambilan susu perahan oleh bayi dari umur satu bulan hingga 6 bulan adalah sama dan tidak berubah. Ia adalah lebih kurang tiga auns sekali minum dengan empat hingga lima kali dalam tempoh ibu bekerja.
“Diakui pada awalnya, bayi akan merengek dan memberi isyarat seperti mahu menghisap susu lagi, namun ibu boleh melatih pengasuh untuk mendukung, bermain dan memberi lebih perhatian kepada bayi.
“Ini kerana kebiasaannya ramai yang beranggapan susu badan harus ditambah untuk bayi seiring dengan peningkatan usia sehingga 6 bulan.
“Bagaimanapun, pendapat itu mungkin hanya sesuai untuk susu formula sebagaimana yang tercatat pada label pada tin.
“Keunikan susu ibu adalah apabila Allah telah pun menetapkan khasiatnya mengikut keperluan umur,” jelasnya sambil menerangkan bayi sememangnya mempunyai naluri menghisap namun, keadaan ini bukanlah bermakna bayi tidak cukup susu.
Pengalaman sendiri
Berkongsi pengalaman sebagai wanita yang bergelar ibu, Farah juga menginginkan yang terbaik buat tiga orang buah hatinya, Puteri Sara Azalea, 4, Puteri Syasya Adalea, 3, dan Putera Shafik Adrian, 4 bulan.
Isteri kepada seorang jurutera, Saiful Azwan Rasidi itu sedar perkara asas yang terbaik untuk anak-anaknya sejurus selepas dilahirkan adalah dengan memberi susu ibu secara eksklusif.
Lulusan bidang Mikrobiologi dari Universiti Teknologi Mara itu sanggup meninggalkan jawatan sebagai pensyarah di salah sebuah institusi pengajian tinggi swasta selepas dia melahirkan anak sulungnya.
“Saya akui dulu semasa anak sulung, saya kurang pengalaman dan persediaan. Malah, ketika anak saya berumur 8 bulan, saya diberikan rezeki untuk mengandungkan anak kedua pula, ketika itulah saya berhenti memberi susu badan kepada anak sulung kerana mendengar cakap orang yang lebih tua.
“Ada yang kata tidak elok untuk kesihatan bayi yang dikandung kerana bimbang, khasiat makanan ibu yang sepatutnya diambil bayi dalam kandungan, ‘dicuri’ anak yang sedang menyusu,” katanya yang berjaya melengkapkan kursus penyusuan yang melayakkannya bergelar kaunselor laktasi dari Pusat Perubatan Universiti Malayia (PPUM).
Enggan mengulangi kesilapan pertama, Farah memilih menyusu secara eksklusif bagi anak kedua dan ketiganya.
“Ia adalah nikmat tak ternilai bagi seorang ibu, malah sokongan daripada orang tersayang iaitu suami amat saya hargai,” katanya yang ternyata puas kerana dapat menyusukan anak-anaknya tanpa susu formula.
Dengan kesedaran yang ada, Farah bertekad menubuhkan sebuah pusat sehenti bagi barangan bayi dan gajet lengkap untuk penyusuan susu ibu yang diberi nama Sarakids.
Sarakids kini mempunyai lima cawangan utama seluruh negara dan turut melebarkan sayapnya ke Brunei, Singapura dan Korea.
Untuk maklumat lanjut mengenai Sarakids, boleh ke laman web www.sarakids.com atau ke kedai di alamat 42-1, First Floor, Jalan Opera L U2/L, Taman TTDI Jaya, Shah Alam, Selangor.
Lid: Masih Mendalami ILMU Penyusuan Susu Ibu.
Wednesday, March 9, 2011
PENYUSUAN SUSU IBU LEBIH USIA 2 TAHUN, ANAK TIDAK CERDIK.. BETUL KE?
Salam,
Minggu lepas Pengusaha TASKA tempat Awal dan Ibnu ditempatkan, membuat perjumpaan dengan ibu bapa. Ala-ala macam hari PIBG begitu... Perjumpaan informal selesai waktu bekerja. Bertanya khabar dan berbincang dengan ibu bapa tentang permasalahan atau sebarang ketidakpuasan hati sepanjang anak ditinggalkan. Masa ini ibu bapa berpeluang'melepaskan perasaan' memberi pandangan.
Dalam perjumpaan tersebut, saya sempat bersembang dengan ibu baby kecil berusia 7 bulan yang sudah tidak lagi menyusukan anaknya sejak di dalam pantang. Kata ibu tersebut, .....dia frust sangat, baby tak mahu susu badan kerana dulunya susu badan lambat keluar dan keluar sikit, baby tak puas minum.. jadi dia beralih kepada susu formula... sejak itu, baby menolak terus untuk menyusu badan. Dari ceritanya, saya rasa babynya telah keliru puting kerana pada awal2 lagi telah disogok dengan botol dan puting tiruan.
Tapi saya dapat rasa kesungguhan ibu tersebut dan kehampaan dia kerana tidak berjaya menyusukan anaknya dengan susu ibu. Cuma agak sayang, jika ibu tersebut menggali dan mencari sedikit ilmu tentang penyusuan, mungkin dia boleh berjaya.
Sewaktu sedang berbual, Ibnu merengek minta untuk menyusu.. saya maklumkan dia yang Ibnu, alhamdulillah masih menyusu badan.. dan saya tambah lagidengan bangga "Abangnya dulu (Awal) menyusu sampai usia dua tahun 8 bulan".
Respond dari ibu tersebut, "ehh! tak apa ke akak, jika anak menyusu hingga lebih dari usia dua tahun"?
Saya membalas "ehmmm, rasanya tak mengapa, terpulang pada ibu bapa".. Tiba-tiba dia sambung lagi, "orang tua-tua kata tak boleh, nanti anak "tak cerdik". Saya hanya tersenyum.
Belum sempat saya membalas, secara kebetulan, ada seorang ibu senior sesama kami, dan dia terus menyampuk,
"ehmmm.. betul kata orang tua-tua tu.. nanti anak tak cerdik....
TETAPI.. bahasa orang tua penuh makna, tak cerdik bermakna, anak itu, walaupun sudah berusia 2 tahun, akan masih manja dengan ibu, selalu hendak"mengempeng" menyusu.
Jadinya, dia akan berkepit dengan ibu nya selalu...
DAN BUKANNYA "tidak cerdik" bermakna anak itu tidak pandai atau bodoh, cumanya mungkin lambat matang kerana masih manja disebabkan masih menyusu..." Haaaa, panjang lebar kakak tu menerangkan.
Saya kira, walaupun penjelasan dan penerangan kakak tersebut tidak disokong dengan bukti saintifik, atau berlandaskan dalil atau fakta... saya secara peribadi, jelas dan terang amat menyokong kebenaran penjelasan kakak tersebut tentang perkataan "tidak cerdik" yang digunakan oleh orang tua-tua...
Jadi janganlah bimbang jika anak masih menyusu dikala usia melebihi 2 tahun... teruskan penyusuan selagi mampu (fizikal dan mental). Dan ceraikan susu bila yakin anak telah bersedia. Kita sebagai ibu tahu bila sudah tiba masanya.
Lid: Seronok Berkongsi Pengalaman.
Minggu lepas Pengusaha TASKA tempat Awal dan Ibnu ditempatkan, membuat perjumpaan dengan ibu bapa. Ala-ala macam hari PIBG begitu... Perjumpaan informal selesai waktu bekerja. Bertanya khabar dan berbincang dengan ibu bapa tentang permasalahan atau sebarang ketidakpuasan hati sepanjang anak ditinggalkan. Masa ini ibu bapa berpeluang
Dalam perjumpaan tersebut, saya sempat bersembang dengan ibu baby kecil berusia 7 bulan yang sudah tidak lagi menyusukan anaknya sejak di dalam pantang. Kata ibu tersebut, .....dia frust sangat, baby tak mahu susu badan kerana dulunya susu badan lambat keluar dan keluar sikit, baby tak puas minum.. jadi dia beralih kepada susu formula... sejak itu, baby menolak terus untuk menyusu badan. Dari ceritanya, saya rasa babynya telah keliru puting kerana pada awal2 lagi telah disogok dengan botol dan puting tiruan.
Tapi saya dapat rasa kesungguhan ibu tersebut dan kehampaan dia kerana tidak berjaya menyusukan anaknya dengan susu ibu. Cuma agak sayang, jika ibu tersebut menggali dan mencari sedikit ilmu tentang penyusuan, mungkin dia boleh berjaya.
Sewaktu sedang berbual, Ibnu merengek minta untuk menyusu.. saya maklumkan dia yang Ibnu, alhamdulillah masih menyusu badan.. dan saya tambah lagi
Respond dari ibu tersebut, "ehh! tak apa ke akak, jika anak menyusu hingga lebih dari usia dua tahun"?
Saya membalas "ehmmm, rasanya tak mengapa, terpulang pada ibu bapa".. Tiba-tiba dia sambung lagi, "orang tua-tua kata tak boleh, nanti anak "tak cerdik". Saya hanya tersenyum.
Belum sempat saya membalas, secara kebetulan, ada seorang ibu senior sesama kami, dan dia terus menyampuk,
"ehmmm.. betul kata orang tua-tua tu.. nanti anak tak cerdik....
TETAPI.. bahasa orang tua penuh makna, tak cerdik bermakna, anak itu, walaupun sudah berusia 2 tahun, akan masih manja dengan ibu, selalu hendak
Jadinya, dia akan berkepit dengan ibu nya selalu...
DAN BUKANNYA "tidak cerdik" bermakna anak itu tidak pandai atau bodoh, cumanya mungkin lambat matang kerana masih manja disebabkan masih menyusu..." Haaaa, panjang lebar kakak tu menerangkan.
Saya kira, walaupun penjelasan dan penerangan kakak tersebut tidak disokong dengan bukti saintifik, atau berlandaskan dalil atau fakta... saya secara peribadi, jelas dan terang amat menyokong kebenaran penjelasan kakak tersebut tentang perkataan "tidak cerdik" yang digunakan oleh orang tua-tua...
Jadi janganlah bimbang jika anak masih menyusu dikala usia melebihi 2 tahun... teruskan penyusuan selagi mampu (fizikal dan mental). Dan ceraikan susu bila yakin anak telah bersedia. Kita sebagai ibu tahu bila sudah tiba masanya.
Lid: Seronok Berkongsi Pengalaman.
Saturday, March 5, 2011
ANDA INGIN RASA JELITA?
Salam,
Saya join segmen blogger ini dan secara terangnya dan ikhlasnya, blogger ini adalah antara otai blogger yang saya sangat suka. MELUR JELITA . Peramah dan mesra. Blog dia adalah blog untuk Jelitawan-jelitawan dan ada juga Mr. Jelitawans...
Bila berkunjung di sini, hati rasa lapang... dan yang paling saya suka, terasa diri ini JELITA bila berada disini, dikelilingi oleh JELITAWAN-JELITAWAN.. Anda ingin jadi JELITA? Atau sekurang-kurangnya perasan rasa JELITA? Saya rasa..di sini tempatnya, tak perlu make up tebal atau lipstick merah menyala... Heeeehehehhe..
Lid: Saya sangat suka dan ingat kata-kata Melur Jelita "berblog dengan sederhana"...
Wednesday, March 2, 2011
EBM - TRAVEL-KL-MANJUNG
Salam,
Alhamdulillah, saya sudah selamat pulang ke Rumahku Syurgaku. Terubat dan hilang sudah rindu yang menggebu-gebu sebelum ini spt DI SINI.
Alhamdulillah juga, saya berjaya membawa pulang dengan selamat " rezeki" Ibnu, EBM yang dikumpul sepanjang berkursus selama empat hari di KL. Walaupun tidak "melimpah-ruah" tetapi saya bersyukur dalam usia Ibnu mencecah 1 tahun 5 bulan (11hb ni), Allah masih memberikan ruang dan peluang untuk saya meneruskan misi penyusuan susu ibu kepada Ibnu.
Berkat ilmu dan pengalaman yang dikutip dari rakan-rakan di dunia maya ini , saya berjaya membawa pulang dengan selamat EBM untuk Ibnu dari KL ke Manjung. Ini merupakan pengalaman kedua saya membawa pulang EBM dari bertugas di luar kawasan, setelah lama dulu kira-kira 2 tahun yang lepas (EBM untuk Awal). Kali ini juga, perjalanan beramai-ramai dengan ditemani pemandu dan penumpang bas ekspressArwana. :-)
Kredit to sahabatku Mem K, kerana meminjamkan bekas-bekas dadih dan ice box untuk transport EBM pulang. Asalnya mmg sengaja tak bawa ice box dan extra storage bottle kerana berhasrat untuk bershopping brg2 tersebut di KL. Tapi atas kekangan masa, tak berkesempatan. Idea meminjam pula terus datang.
Seperti yang ditunjuk ajar oleh sifu, peralatan yang diperlukan, ice box, ice or ice pack, kain tuala atau lampin lembab/basah untuk kekalkan suhu dingin. Mengambil kira perjalanan dengan Mr. Bas Ekspress kira-kira 4 jam ais yang secukupnya diperlukan. Saya rakamkan gambar-gambar ini dan kongsikan sebagai kenangan dan motivasi buat diri saya sendiri.
Lid: Selagi Terdaya.. Akan ku teruskan perjuangan ini.
Alhamdulillah, saya sudah selamat pulang ke Rumahku Syurgaku. Terubat dan hilang sudah rindu yang menggebu-gebu sebelum ini spt DI SINI.
Alhamdulillah juga, saya berjaya membawa pulang dengan selamat " rezeki" Ibnu, EBM yang dikumpul sepanjang berkursus selama empat hari di KL. Walaupun tidak "melimpah-ruah" tetapi saya bersyukur dalam usia Ibnu mencecah 1 tahun 5 bulan (11hb ni), Allah masih memberikan ruang dan peluang untuk saya meneruskan misi penyusuan susu ibu kepada Ibnu.
Berkat ilmu dan pengalaman yang dikutip dari rakan-rakan di dunia maya ini , saya berjaya membawa pulang dengan selamat EBM untuk Ibnu dari KL ke Manjung. Ini merupakan pengalaman kedua saya membawa pulang EBM dari bertugas di luar kawasan, setelah lama dulu kira-kira 2 tahun yang lepas (EBM untuk Awal). Kali ini juga, perjalanan beramai-ramai dengan ditemani pemandu dan penumpang bas ekspress
Kredit to sahabatku Mem K, kerana meminjamkan bekas-bekas dadih dan ice box untuk transport EBM pulang. Asalnya mmg sengaja tak bawa ice box dan extra storage bottle kerana berhasrat untuk bershopping brg2 tersebut di KL. Tapi atas kekangan masa, tak berkesempatan. Idea meminjam pula terus datang.
Seperti yang ditunjuk ajar oleh sifu, peralatan yang diperlukan, ice box, ice or ice pack, kain tuala atau lampin lembab/basah untuk kekalkan suhu dingin. Mengambil kira perjalanan dengan Mr. Bas Ekspress kira-kira 4 jam ais yang secukupnya diperlukan. Saya rakamkan gambar-gambar ini dan kongsikan sebagai kenangan dan motivasi buat diri saya sendiri.
EBM beku dan belum dibekukan. |
EBM yang belum dibekukan. Peti Ais kecil di IDFR. |
EBM disusun dalam ice-box. Ais belum top up banyak masa ini sbb tukang beli ais belum sampai. |
Funny cooler box for seious BF mum. |
Saat ini yang saya amat rindu bila berjauhan. |
Subscribe to:
Posts (Atom)