Wednesday, March 9, 2011

PENYUSUAN SUSU IBU LEBIH USIA 2 TAHUN, ANAK TIDAK CERDIK.. BETUL KE?

Salam,

Minggu lepas Pengusaha TASKA tempat Awal dan Ibnu ditempatkan, membuat perjumpaan dengan ibu bapa. Ala-ala macam hari PIBG begitu... Perjumpaan informal selesai waktu bekerja. Bertanya khabar dan berbincang dengan ibu bapa tentang permasalahan atau sebarang ketidakpuasan hati sepanjang anak ditinggalkan. Masa ini ibu bapa berpeluang 'melepaskan perasaan'  memberi pandangan.

Dalam perjumpaan tersebut, saya sempat bersembang dengan ibu baby kecil berusia 7 bulan yang sudah tidak lagi menyusukan anaknya sejak di dalam pantang. Kata ibu tersebut, .....dia frust sangat, baby tak mahu susu badan kerana dulunya susu badan lambat keluar dan keluar sikit, baby tak puas minum.. jadi dia beralih kepada susu formula... sejak itu, baby menolak terus untuk menyusu badan. Dari ceritanya, saya rasa babynya telah keliru puting kerana pada awal2 lagi telah disogok dengan botol dan puting tiruan.

Tapi saya dapat rasa kesungguhan ibu tersebut dan kehampaan dia kerana tidak berjaya menyusukan anaknya dengan susu ibu. Cuma agak sayang, jika ibu tersebut menggali dan mencari sedikit ilmu tentang penyusuan, mungkin dia boleh berjaya.

Sewaktu sedang berbual, Ibnu merengek minta untuk menyusu.. saya maklumkan dia yang Ibnu, alhamdulillah masih menyusu badan.. dan saya tambah lagi dengan bangga  "Abangnya dulu (Awal) menyusu sampai usia dua tahun 8 bulan".

Respond dari ibu tersebut, "ehh! tak apa ke akak, jika anak menyusu hingga lebih dari usia dua tahun"?
Saya membalas "ehmmm, rasanya tak mengapa, terpulang pada ibu bapa".. Tiba-tiba dia sambung lagi, "orang tua-tua kata tak boleh, nanti anak "tak cerdik". Saya hanya tersenyum.

Belum sempat saya membalas, secara kebetulan, ada seorang ibu senior sesama kami, dan dia terus menyampuk,
"ehmmm.. betul kata orang tua-tua tu.. nanti anak tak cerdik....
TETAPI.. bahasa orang tua penuh makna, tak cerdik bermakna, anak itu, walaupun sudah berusia 2 tahun, akan masih manja dengan ibu, selalu hendak "mengempeng" menyusu.
Jadinya, dia akan berkepit dengan ibu nya selalu...
DAN BUKANNYA "tidak cerdik" bermakna anak itu tidak pandai atau bodoh, cumanya mungkin lambat matang kerana masih manja disebabkan masih menyusu..." Haaaa, panjang lebar kakak tu menerangkan.

Saya kira, walaupun penjelasan dan penerangan kakak tersebut tidak disokong dengan bukti saintifik, atau berlandaskan dalil atau fakta... saya secara peribadi, jelas dan terang amat menyokong kebenaran penjelasan kakak tersebut tentang perkataan "tidak cerdik" yang digunakan oleh orang tua-tua...

Jadi janganlah bimbang jika anak masih menyusu dikala usia melebihi 2 tahun... teruskan penyusuan selagi mampu (fizikal dan mental). Dan ceraikan susu bila yakin anak telah bersedia. Kita sebagai ibu tahu bila sudah tiba masanya.

Lid: Seronok Berkongsi Pengalaman.

7 comments:

  1. Setuju dengan kakak itu dan Lid jelita

    ReplyDelete
  2. Kak Melur: Betul! betul! Betul! (upin & ipin)

    ReplyDelete
  3. hehe.
    hubby saya 5 thn menyusu..
    manja..sgt manja wpun dgn wifenya ni.cerdik?emm..iq tinggi sbb susu ibunya kot.
    (bkn puji hubby sendiri,tapi,nak cakap,tak la btul kalu orang kata,anak tak cerdik minum susu ibu lebih dua thn)

    ReplyDelete
  4. Ash: ni testimoni yang bagus, mudah2 the boys jadi anak sihat, bijak dan soleh...!!! Bab manja, mmg manja budak2 dua orang ni... asik nak berkepit ngan mamanya ajer..

    ReplyDelete
  5. Hamboi... sedap2 nk kata anak org xcerdik kan akak.
    Diri saya sebagai buktinya betapa cerdik sy dpt master 4flat pada umur 23tahun :)
    Hisap susu ibu lebih dari 2tahun. Curi dan berebut susu adik lagi haha
    Sampai sekrang sy mmg anak emas ibu dan ayah.

    ReplyDelete
  6. Dalam Quran pun sebut sekurang-kurang nya 2 thn. that is the minimum kot... max mungkin sampai anak tuh dh x mau kot.

    ReplyDelete
  7. ARna: Salam dik.. tq singgah sini.. kembang kempis idung kak lid baca yg 4 flat tu... bukan apa, berangan nanti anak kak lid (awal dan ibnu) pun mcm gitu... dapat anugerah diraja tu...hehheheh

    ReplyDelete