Thursday, July 7, 2011

SEMOGA DIA TABAH

Assalamualaikum Warahmatullah,

Dua hari lepas, selesai solat zohor di surau pejabat, saya bergegas untuk menghadiri mesyuarat di bangunan berdekatan. Sewaktu bergegas teserempak dengan rakan yang sarat mengandung, sudah 9 bulan usia kandungannya. Dengan nada bergurau, seperti selalu2 saya guraukan dengan rakan yang sedang mengandung  "emmm... tak dapat la lagi kita nak laga-laga perut". (semoga ada rezeki lagi untuk menimang baby) Sambil pegang perut dia dan juga perut saya.

Secara kebetulan ada seorang lagi staf, yang juga ibu mengandung berjalan bersebelahan kami yang sedang bersenda... "Haaa, dengan dia boleh la laga-laga perut." Gurau saya lagi, sambil menuding jari dan ketawa.. Tiba-tiba tergamam saya.., kata ibu tersebut, " emmm... dah tak ada la awak.." " Baby ni dah tak ada"... "Doctor bagi sampai 10hb ni untuk datang semula ke hospital, warded and bersalin".. Oh! gamam saya tak terkata.. Kandungan yang berusia 5 bulan itu sudah tiada rupanya... Si Ibu kelihatan sungguh kuat, tapi hanya Allah yang tahu hatinya... Katanya air ketuban sudah semakin berkurang dan sedikit.. mungkin kerana kencing manis..

Saya berdoa, semoga 10hb ini dipermudahkan bagi sahabat ini... Semoga dia kuat dan tabah.. Semoga ada rezeki lagi untuk dia..


Photobucket

5 comments:

  1. sedihnya kak.tabah betul kawan akak tu ye...

    ReplyDelete
  2. sayu hati bila baca...setiap kejadian pasti ada hikmahnya..

    ReplyDelete
  3. k.lid ngandung juga ye..sbb k.lid kata pegang perut k.lid juga?..tekaan k.lid pada saya tu betul.cuma saya belum bersedia bitau sesiapa sgt pun.hehe..
    (alhamdulillah..moga allah datangkan pengganti nur iman saya)..

    k.lid,sayu sgt ayat kawan k.lid..nak meniktik airmata.rasa terpanggil dgn kenangan saya dulu.

    ya allah,mudahan si ibu ni tabah..mudahan dimurahkan rezki lagi..

    ReplyDelete
  4. Ayu: Semalam jumpa staf tu.. sempat dia berjenaka, " tiba-tiba pegi check 10hb ni, bby ada lagi"... syukur sangat jiak begitu...

    Keyphochee: Allah turunkan ujian sesuai dengan tahap "ketahanan" seseorang tu.. Moga dia kuat dan tabah..

    ReplyDelete
  5. Ashra: Tahniah Dikkkk! Semoaga Ash dan Baby sihat.. Kak Lid belum lagi.. masih mencuba dan semoga ada rezeki lagi..

    sahabat tu mmg nampak sungguh kuat.. dalam gurau bila jumpa dia semalam sewaktu di kantin.. katanya perut rasa mengeras... dan dia kelihatan spt ada mengharapakan miracle 10hb ni... mudah-mudahan...AMIN.

    ReplyDelete