Tuesday, October 11, 2011

SELAMAT HARI LAHIR IBNU

Assalamualaikum Warahmatullah,

Hari ini 11 Oktober 2011, genap usia IBNU dua tahun. 
Alhamdulillah, Syukur Ya Allah, kerana mengurniakan anugerah yang tidak ternilai ini. 
Semoga IBNU membesar jadi anak yang soleh, taat pada perintah Allah dan Rasul. AMIN!




Photobucket


Wednesday, July 27, 2011

SELAIN JARUM...

Assalamualaikum Warahmatullah,

Dah lama tak bercerita pasal anak bujang saya yang bernama sempoi AWAL bin RAHIMI. Dalam tempoh bulan ini sahaja, demam on and off nak masuk 3 kali dah... mula-mula chicken pox, then sambung dengan campak kecil yang mcm ruam tu... then baru jer nak sihat, demam lagi... dah la yang sorang ni "keding" makin kurus dia..

Semalam bawa Awal ke Hospital, doc ambil darah... bukan senang rupanya nak ambil sampel darah budak2 ni yer..?  Percubaan staf hospital di bilik ambil sampel darah tak berjaya, kerana Awal "berjaya" "menepis" dan "menangkis" dan menangis... sudahnya terpaksa disyorkan ambil darah di Bahagian Kecemasan krn di situ kata staf tersebut, "di sana ada "peralatannya", dan nanti dia ikat"..

Suspen juga saya membayangkan "peralatan" dan "kena ikat" seperti kata staf tersebut... Tiba di bilik yang dimaksudkan, Awal disuruh berbaring, dan masa tu "enjin" pun start... berjurai2 air mata Awal. Siap panggil "ayahhhh... ayahhhhh".. lagi..

Peralatan yang dimaksudkan rupanya sahelai KAIN SELIMUT hospital... Awal yang berbaring di "BEDUNG" mcm baby supaya tak meronta... Alhamdulillah, berjaya dan paling syukur, hasil keputusan darah kemudiannya tiada apa yang perlu dibimbangkan....

Tika tengok Awal diambil sampel darah, insaf dan rasa syukur sangat... Itu cuma sedikit yang perlu saya lihat dan Awal lalui... Bagaimana dengan ibu dan anak yang diuji dengan lebih daripada demam berminggu? Semoga Allah beri mereka kekuatan yang bukan sedikit.. AMIN.
Photobucket



Thursday, July 21, 2011

GERAM!!!

Assalamualaikum Warahmatullah,

Oleh kerana semua staf terlibat dengan tugasan luar, saya bersendirian di pejabat. Tiba-tiba telefon berdering dan dgn penuh sopan santun  saya menjadi operator terlatih  untuk petang ini dan sedia membantu.

Rupanya si pemanggil mahu bercakap dengan salah seorang staf di pejabat saya.. Dia memperkenalkan dirinya sebagai ALEX (ku tak rahsiakan namamu krn kamu biadap) mendakwa dia peguam, wakil sebuah Bank ternama...

Dengan sopan santun standard mcm customer servis menjawab panggilan pelanggan, saya pun memaklumkan bahawa si POLAN bin Si POLAN yang dicari tiada di pejabat ptg ini..

Kemudian si pemanggil terusan meminta untuk berckp " saya nak berckp dgn Encik "tuttt" (nama dirahsiakan).."

Saya ulang lagi, "maaf encik encik "tuuut" tak ada di pejabat petang ni, diaa...".
belum sempat saya habiskan ayat... tiba-tiba pemanggil tu jerit..." HAAAA... pegi mampus laaa... suruh dia pegi mahkamah, setel utang" klik dan terus dia letak telefon...

Berangin satu badan saya... Gerammm, sebab tak dapat nak jerit balik pada si pemanggil tersebut. Dari situ saya buat kesimpulan.

1. ALEX bukan peguam tapi AGENT pemugut hutang yang dilantik oleh pihak Bank atau pihak pejabat Peguam yang dilantik oleh bank ( haa... berbelit)

2. Jika ALEX seorang Peguam seperti didakwa... dia Peguam yang sgt biadap..

3. Jika kita berhutang, jgn la sampai menyusahkan orang lain...

4. Pihak Bank atau Pej Peguam sila la tegur boss agent2 yang dilantik untuk kutip utang tuuuu... "makcik tak bersalah untuk sesenang ditenking maki oleh agent2 tu...

5. Untuk staf makcik yang tersayang, yang bertugas luar ptg ni.... TUNGGGUUUUU yeeee!! Akan makcik panjangkan amarah tadi kpd kamu... hehehehheehh.. sabo2 (pose ganti arini)....

Photobucket



Friday, July 8, 2011

SPECTRA 3 & AVENT MANUAL

Assalamualaikum Warahmatullah,

Banyak berjasa dua pam ini.. Avent manual, saya beli ketika dalam pantang kelahiran Awal. Sementara Spectra 3, yang saya idam, (setelah berkali-kali baca review) saya purchased ketika usia Awal 6 bulan.. Sejak itu, dua-dua pam ini bersama sebuah coolbox jadi teman setia saya ke tempat kerja.. Kemana saja, Terengganu, Langkawi, Kuantan, KL, Alor Star, Penang dan sebut bila saja outstation itulah barang wajib saya usung.. Sehingga bila Ibnu lahir, rutin begini terus bersambung..

Sekarang, Ibnu berusia setahun 9 bulan.. saya tidak sekuat ibu-ibu gigih yang menyusu diluar sana, saya bukan lagi ibu yang mengusung pam dan coolbox.. Ibnu hanya direct feeding.. stock dalam peti ais berbaki dua botol.. simpan sebagai kenangan.. Ibnu refuse terus minum dari botol sejak setahun 7 bulan.. mamanya pun sudah tidak mengepam lagi... bukan salah Ibnu, salah Mama yang tak bersungguh...

Isnin baru ini, saya minta izin suami ( heeee... duit somi yang beli pam2 ni dulu) untuk pinjamkan spectra 3 dan bagi Avent manual (masih elok lg) kpd seorang staf di pejabat yang baru pulang dari cuti berpantang.. Niat saya, saya pinjamkan spectra 3 ni agar ibu ini terus berjaya dan bersemangat susukan anaknya.. hanya itu yang mampu saya beri...SOKONGAN!

Sebenarnya, staf saya ini pernah kehilangan baby sulungnya yang dua bulan lebih tua dari anak saya Ibnu, ketika baby berusia 6 bulan.. Baby ditakdirkan Allah meninggal di atas buaian di rumah pengasuh kerana tersedak susu pada sekitar awal tahun 2010 lalu...

Semoga Allah permudahkan perjuangan seorang lagi ibu yang menyusukan anaknya ini... Semoga Mashitah (ibu ini) berjaya menyusukan baby Adam Farish sehingga sekurang-kurangnya untuk dua tahun ini...dan sehingga semahunya...

Dan hati saya berkata dan berdoa... semoga dengan sokongan saya ini, Allah memurahkan lagi rezeki saya... untuk tambah lagi bilangan ahli keluarga kami ... AMIN!

Photobucket

Thursday, July 7, 2011

SEMOGA DIA TABAH

Assalamualaikum Warahmatullah,

Dua hari lepas, selesai solat zohor di surau pejabat, saya bergegas untuk menghadiri mesyuarat di bangunan berdekatan. Sewaktu bergegas teserempak dengan rakan yang sarat mengandung, sudah 9 bulan usia kandungannya. Dengan nada bergurau, seperti selalu2 saya guraukan dengan rakan yang sedang mengandung  "emmm... tak dapat la lagi kita nak laga-laga perut". (semoga ada rezeki lagi untuk menimang baby) Sambil pegang perut dia dan juga perut saya.

Secara kebetulan ada seorang lagi staf, yang juga ibu mengandung berjalan bersebelahan kami yang sedang bersenda... "Haaa, dengan dia boleh la laga-laga perut." Gurau saya lagi, sambil menuding jari dan ketawa.. Tiba-tiba tergamam saya.., kata ibu tersebut, " emmm... dah tak ada la awak.." " Baby ni dah tak ada"... "Doctor bagi sampai 10hb ni untuk datang semula ke hospital, warded and bersalin".. Oh! gamam saya tak terkata.. Kandungan yang berusia 5 bulan itu sudah tiada rupanya... Si Ibu kelihatan sungguh kuat, tapi hanya Allah yang tahu hatinya... Katanya air ketuban sudah semakin berkurang dan sedikit.. mungkin kerana kencing manis..

Saya berdoa, semoga 10hb ini dipermudahkan bagi sahabat ini... Semoga dia kuat dan tabah.. Semoga ada rezeki lagi untuk dia..


Photobucket

Tuesday, June 28, 2011

VOCAB IBNU

Assalamualaikum Warahmatullah,

Usia setahun lapan bulan, Vocab Ibnu yang masih lagi hanya adakala mama sahaja yang faham.
Yang simple dan mmg selalu dia sebut dan understood by ayah, Abam n Mama spt:

ABAM - Abang
GAM - Pegang
KAM - Belakang ( Seat Belakang dalam kereta)
KOK - Keropok

Dan Ibnu cakap sekerat-sekerat, yang bestnya Mama Faham ..

AMPAI - tak sampai - sambil melompat nak ambil kunci atau bukak pintu.
LAH - Lagu ALHAMDULILLAH - Mama nyanyi B4 tido..
A'AH - Mengiyakan ckap ABAM atau AYAH
CHI - Kerusi makan Ibnu
CAK - cicak
NYIAM - Kucing (Meow! Meow!)
CHO - Dinosours

Dan perkataan yang paling Mama faham sekali ialah "CO CO" sambil muncung mulut sedepa... maknanya "SUSU"... Huuuuuuuu....

Photobucket

Monday, June 27, 2011

FUNGAZOL - ANTIFUNGAL FOR BREASTFEEDING TRUSH

Assalamualaikum Warahmatullah,

Lama tak update blog.. masuk blog kawan-kawan pun just jadi silent reader, tak sempat nak mengomen bagai.

Last update, saya ada share pasal Breastfeeding Trush yang saya alami... Alhamdulillah, dah sembuh dan hopefully tak berulang lagi..

Lepas meng"google"  pasal BF TRUSH aritu... saya jumpa doc... kali ini dengan sikit ilmu dah ada klu tentang penyakit "mencucuk-cucuk" yang saya alami.. Dengan mukaddimah (dan rasa rendah diri) saya cerita pada doctor tentang apa yang saya dah google... saya susun ayat dengan baik dan ayat-ayat macam terkonpius dan teragak-agak sikit, supaya doc tak rasa mcm saya pulak lebih2 dari doc... padahal google jer.. hehhehehe..

Lepas doc check my "B" (lady doc).. mmg tiada visible simtom yang my "B" kena Trush atau Fungal Infections..( mmg salah satu simtom ialah tiada visible simtom, cuma rasa sakit).. tapi due to saya punya explaination, doc telah prescribekan antibiotik untuk "anti fungal"... namanya FUNGAZOL , Ketoconazole 200mg.. 2 tablets satu hari, untuk seminggu.

Alhamdullillah, dalam tempoh beberapa hari shj, walaupun sakitnya tidak hilang sekaligus, beransur baik dan tidak berulang.. dengan Izin Allah jua.

Buat BF mummy yang ada mengalami simtom-simtom spt di ENTRY ini, jangan panik dan jangan give up BF.. Setiap penyakit ada ubatnya, dengan izin Allah... INSYAALAH setiap ikhtiar akan ditemukan dengan ubatnya.
Photobucket


Friday, May 27, 2011

BREASTFEEDING THRUSH

Assalamualaikum Warahmatullah,

Sejak semalam dan hari ini saya meng"google" pasal Breastfeeding Thrush.. Mungkin ibu-ibu BF ramai yang biasa dengar dan mengalami ini.


"    Symptoms in the mother include severe stinging, burning pain, which may be on the surface of the nipples, or may be felt deep inside the breast. Pain often continues throughout the feeding and in between feedings -- especially immediately after. Nipple pain caused by incorrect positioning and latch on rarely hurts except when the baby is nursing. Sometimes sharp, shooting pain radiates from the nipple into the breast or into the back or arm.
Nipples are sensitive to light touch, so it may hurt to have clothes rubbing against them, and it may be very painful to take a shower and have the hot water spray touch the breast. Mothers describe the pain as "liquid fire", "'hot needles", "razor blades", "a piece of glass stuck in my nipple", etc. I've heard many mothers say that they would rather go through labor again than have yeast on their nipples or in their milk ducts, which gives you an idea of just how painful this condition is."

Iye... itulah lebih kurang yang saya rasa. Sakit yang amat sangat, menyucuk-nyucuk seperti jarum halus di bahagian breast especially selesai menyusukan anak... oh! saya mmg tidak sanggup rasanya, almost phobia dengan kesakitan yang kdg-kdg membuatkan saya mengalirkan air mata dan rasa mcm nak tumbuk nak terajang dinding. Dan sakit ini jadi pada breast sebelah kanan sahaja.

Dulu, kali pertama saya mengalami keadaan ini sewaktu minggu kedua dalam pantang kelahiran Ibnu. Kali kedua sewaktu "bertandem nursing" Awal n Ibnu... dan kali ini sejak awal minggu ini. Sakitnya bukan kepalang, pernah beberapa kali saya menangis, sampai satu tahap, mcm anak kecil kerana tidak tahan sakit. Sakit yang membuatkan saya tak senang duduk, tidak dapat melelapkan mata dan tak dapat concentrate dgn apa yang dibuat. Ubatnya, ubat tahan sakit atau dua biji panadol dan ice pack.

Sebelum ini, saya pernah ke doktor, saya ingat lagi masa tu doc kata " tak ada apa2 ni, just sel susu tidak aktif". Dan betul, tidak ramai doktor yang bukan pakar mengetahui tentang kesakitan ini (maklumat dari pembacaan saya). Maaf ye Puan Doc...Saya dapat ubat tahan sakit. Dan setelah sekian lama, saya temui jawapan dan punca kesakitan itu Breastfeeding Thrush


Dan, setelah membaca tentang breastfeeding trush ini, saya akan ke doktor lagi. Dan tidak akan hanya akan bergantung pada panadol, ice pack atau ubat tahan sakit.

" Doktor, saya dapat jangkitan Yeast pada nipple atau thrush saya rasa, boleh doktor periksa dan prescribekan ubatnya"...

Photobucket

Tuesday, May 24, 2011

PADA SUATU HARI...

Assalamualaikum Warahmatullah,

Kejadian anak kecil yang berusia 3 tahun menghembuskan nafas terakhir setelah tertinggal dalam kereta di akhbar hari ini amat menyentuh hati. Bukan salah si ayah... cuma mmg ketentuan Allah sudah begitu... Semoga Allah memberikan ketabahan dan kesabaran yang tinggi kepada seisi keluarga mereka di atas ujian ini...

Teringat tidak lama dulu, kira-kira 10 bulan juga insiden ini  telah berlaku... oleh kerana terlampau excited untuk berjumpa dengan tuan rumah yang bakal kami beli, Awal telah tertinggal dalam kereta yang berkunci. Memang saya akui kecuaian melampau ini adalah salah saya dan hubby.

Saya yang duduk di bahagian hadapan, keluar dahulu daripada kereta dengan mundukung si adik. Awal ketika itu di kerusi belakang bersama abangnya "ajimboy" (panggilan Awal kpd Abang Amirulnya). Hubby keluar dari pintu pemandu, Amirul keluar dari pintu belakang. Dan tika itu, Awal berpindah ke seat hadapan. Tika itu juga, ayahnya telah keluar dari kereta mengandaikan Awal bersama Ajimboynya. Dan Ajimboy beranggapan Awal keluar bersama Ayah. Saya?? telah excited meluru ke dalam rumah.

Kira-kira hampir 10 minit melawat sekitar rumah ( saya, hubby, ajimboy n Ibnu). Kami keluar ke porch hadapan, sayup2 dengar tangisan dari arah kereta yang berkunci (di tengah panas). Rupanya Awal tertinggal di dalam kereta. basah "kuyup" bajunya. Allah maha mengetahui betapa perasaan bersalah saya dan hubby... Alhamdulillah, tiada insiden malang yang lebih jauh berlaku.

Sehingga keesokkan harinya, Awal terusan bertanya "Kenapa Mama ngan Ayah tinggal Awal dalam kereta?" Dan dia juga cakap, "Tadikannn... (semalam pun tadi juga) Mama terlupaaa, Mama tinggal Awal dalam kereta"..  Saya tak putus2 minta "sorry" dengan Awal...Sungguh sesal, sungguh, kecuaian kami yang amat melampau...

Bila ada insiden2 sebegini... mmg teringat peristiwa yang membuatkan saya berasa bersalah sangat... dan rasa bersyukur sangat kerana Allah beri peringatan kepada saya dengan menghadirkan insiden "terlupa melampau" ini pada hari tersebut..
Photobucket


Saturday, May 21, 2011

PHEWWITT!!

Assalamualaikum Warahmatullah,

Lama sungguh saya biarkan blog ini bersawang. Kali terakhir update pada 26 April lepas.. itu tak kira lagi masa-masa yang tak berupdate sebelum itu... Alhamdulillah, rasanya kini ada sedikit kelapangan. Akan saya update semula diri saya dengan baca entry kawan-kawan semua..

Emmm, bila dah nak buat comeback ni (cewahhh mcm artis pulak rasa), sempat make over wajah blog ni. Bukan apa... untuk motivate diri sendiri. Dengan usaha yang terkedek-kedek menggodek, taraaa... wajah baru yang biru.. Sebenarnya biru bukanlah warna pilihan saya (saya suka hijau) , tapi mcm "kenaaaa" jer pulak kaler biru dengan header tu... *mood perasan n syok sendiri*.

Mmg saya akui, saya bukan seorang yang IT Savvy. Rasa sungguh happy bila dapat buat apa2 yang ada kaitan dengan dunia IT ni. Seperti apa yang saya rasa pada malam ni.. Phewwitt!!
Photobucket

Tuesday, April 26, 2011

SAYA AMAT PASTI

Assalamualaikum warahmatullah,

Kesibukan menghambat. Rindu nak update blog yang jarang amat, update ini.. Rindu nak BW, jengok rumah kawan-kawan, kongsi-kongsi cerita, kongsi-kongsi rasa.. Adakah "ada" kawan-kawan yang rindukan saya? huhuhu...  Blog yang jarang update, follower yang baru 51 orang ini...? Yang pastinya... saya rindu pada kawan-kawan semua, rinduuuu amat... yer, sungguh!
Justeru, saya muncul seketika, melontar sepatah dua kata, agar diri ini tidak terus di lupa..
Ada masa, pasti bersua... Insyaalah!

Sunday, April 10, 2011

MEREKA ISTIMEWA

Assalamualaikum,

Melihat perkembangan anak-anak di depan mata mmg sesuatu yang menghiburkan dan seronok.. walaupun kadang-kadang adakalanya rasa nak bertukar menjadi "Kesatria Baja Hitam" atau "Gaban" bila mereka buat perangai.. tapi itulah detik-detik keindahan dan kemanisan menjadi ibu..

Awal Bin Rahimi akan cecah usia empat tahun pada bulan Oktober tahun ini. Masih belum ke sekolah, tapi banyak vocab yang dia dah belajar, dah tentu dari mama dan ayah, di TASKA dgn kawan-kawan, hasil tengok Disney Channel dan DVD..

Awal start menyebut perkataan pada usia 10 bulan, dan seterusnya mula bercakap dan tidak pelat. Cuma dia lambat berjalan.. Kadang-kadang kebetulan juga mcm cakap orang tua, budak yang cepat bercakap selalunya lambat berjalan.. dan yang cepat berjalan selalunya berat mulutnya... Usia setahun 2 bulan, baru Awal mula berjalan..

Sampai sekarang, vocab Awal agak banyak dan kadang-kadang ayat-ayat yang dituturkan macam cerita kartun di Disney Channel yang dia tonton.. Yang tak tahan dan nak tergelak, bila kdg2 dia bercakap macam berlakon..

Bila saya sedang memasak didapur, dia datang dan tanya.."Emmm.. harumnya bau ini, mama masak apa?
Bila dia makan dia cakap " emmm, lazatnya... sungguh sedap kuih ini.."
Bila ada benda atau binatang yang dia takut (spt kucing atau semut) " eeee... ini sungguh menakutkan!!"
Ayat-ayat seperti " saya rasa macam ada sesuatu".. (sambil letak jari telunjuk di dagu) " Kenapa saya tak mendengar apa-apa pun".. (letak tangan kat telinga)
Baru-baru ni bila dia minta saya potongkan kuku, dia cakap " mama, kuku saya sungguh tajam"..
Kalau main lawan-lawan dengan Adiknya Ibnu mesti akan keluar perkataan ala-ala Ultraman lawan Raksasa " arghhh.. tak gunaaa..."


Adik Ibnu pula, umur sepuluh bulan sudah mula belajar berdiri dan bertatih.. belum usia setahun sudah mula berjalan.. Tapi agak lambat mula menuturkan perkataan.. Sampai sekarang selain perkataan "mama" "ayah"  dan "kakak" masih menggunakan bahasa isyarat.. dan perkataan mudah yang diambil hujung-hujung... spt "pok" untuk keropok.. "kak" untuk buka (bukak), "pah" penyapu sampah .. Ibnu adalah peminat penyapu, pantang tengok penyapu atau mama menyapu akan dibontotinya kita sampai siap menyapu sambil "pah" "pah".. biasanya saya menyapu bila dia sdg tidur.. kalau tidak akan mengamuk sakan la dia nak main penyapu..

Betul, perkembangan dan keupayaan anak-anak berbeza.. dan perbezaan ini membuatkan mereka ini istimewa dengan cara mereka sendiri.. Alhamdulillah...

Monday, April 4, 2011

SEDIH...SEDIH, saya sedih..

Salam,

Kebetulan, terjumpa harian Metro di atas meja rakan sepejabat sewaktu penghujung waktu kerja tadi...Mungkin ada rakan-rakan yang sudah membaca berita ini di awal pagi lagi..

Saya sungguh sedih dan airmata saya menitik sewaktu membaca sambil membayangkan si kecil yang malang ini... Kebetulan, turut ada seorang rakan yang juga ibu, bersama-sama membaca, beliau turut sebak dan menitiskan air mata..Terbayang anak di TASKA.. anak yang baru belajar ke sekolah.. anak yang  belum mengerti apa2..

Nakal mana sangatlah si kecil darjah satu..  Apa sangat lah yang anak darjah satu tahu.. Mereka baru belajar kenal ABC, Mereka baru belajar ke tandas sendiri... Mereka masih takut tidur malam berseorang diri...
Al-Fatihah untuk ahli Syurga ini... (PILUU... )
Kredit to METRO.

Cikgu ambil nyawa
Oleh Shamsul Munir Safini shamsulmunir@hmetro.com.my

KANGAR: Hanya kerana wang RM7, Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, murid tahun satu sebuah sekolah agama persendirian di Arau, dekat sini, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, pagi semalam, selepas koma sejak tiga hari lalu akibat parah dibelasah gurunya.
Difahamkan, mangsa dipukul dengan teruk kerana didakwa mencuri wang milik rakan sekelasnya.

Mangsa yang sudah kematian ibu, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 8 pagi selepas mengalami pendarahan dalaman di kepala dan komplikasi jantung berikutan kejadian di bilik asrama sekolah agama berkenaan, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain, ketika mengesahkan perkara itu berkata, murid terbabit disahkan meninggal dunia dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang boleh membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

“Kita akan menjalankan siasatan menyeluruh kejadian itu, apatah lagi ia menjadi bertambah serius kerana membabitkan kematian. Semua pihak berkaitan di sekolah agama itu akan dipanggil untuk siasatan.

“Perintah reman terhadap suspek berusia 26 tahun yang juga guru mangsa yang berakhir esok (hari ini), akan disambung untuk tujuan siasatan,” katanya enggan mengulas lanjut kes itu.


Metro Ahad semalam melaporkan Saiful Syazani dibelasah dengan kejam oleh gurunya yang juga warden asrama dalam keadaan kedua-dua tangannya terikat pada tingkap asrama sehingga menyebabkan mangsa koma dalam kejadian pada kira-kira jam 7 malam, Khamis lalu.

Mangsa dikatakan berjaya membuka ikatan tangannya untuk melarikan diri sehingga menimbulkan kemarahan guru terbabit yang kemudian memukulnya tanpa belas kasihan.

Selepas memukul kepala, suspek dikatakan `naik hantu' dan menggoncang badan mangsa serta menolaknya dengan kuat ke dinding yang dipercayai punca utama murid itu mengalami pendarahan dalam kepala dan komplikasi jantung.

Suspek yang mungkin menyedari kesalahannya dan menyesal dikatakan sempat bersolat hajat sejurus dimaklumkan doktor bahawa mangsa dalam keadaan kritikal sebelum bergegas ke Alor Setar dengan menaiki motosikal untuk melihat keadaan murid terbabit.

Guru terbabit menyerah diri di Balai Polis Arau, Jumaat lalu, selepas bapa mangsa, Saiful Sopfidee Marzuki, 34, membuat laporan di Balai Polis Alor Setar, pada jam 8 malam hari kejadian.

Sementara itu, Pengarah Pelajaran negeri, Mansor Lat, ketika dihubungi berkata, pihaknya menyerahkan kes itu kepada pihak polis kerana sekolah itu milik persendirian dan bukannya di bawah seliaan jabatan berkenaan.

“Kita tidak mahu campur tangan dalam kes ini dan menyerahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terbabit.

“Kami amat sedih dan dukacita di atas kejadian ini dan jika benar perbuatan guru memukul hingga menyebabkan kematian murdnya, ia di luar bidang kuasa guru dan tidak sepatutnya berlaku,” katanya.

Dalam pada itu, pengetua sekolah agama terbabit, Yaakub Abu Soman berkata, pihaknya tidak akan membuat sebarang ulasan berhubung kejadian itu yang membabitkan guru dan murid sekolahnya atas arahan polis.

“Kami akan mengadakan sidang akhbar selepas tempoh reman terhadap suspek tamat nanti,” katanya.

Bapa mangsa, Saiful Sopfidee berkata, jenazah anak tunggalnya hasil perkongsian hidup dengan arwah isterinya, Jahiyah Che Amat, dikebumikan di Tanah Perkuburan Tok Paduka di sini, petang semalam. Dia juga berharap guru terbabit dikenakan tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang kerana perbuatannya yang tidak berperikemanusiaan itu.


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel


Sunday, March 27, 2011

MISSION ACCOMPLISHED!

Assalamualaikum,

Sejak Isnin lepas (dan nak bertemu Isnin semula) mmg dah berazam nak menyelesaikan perkara ini... Tertangguh dari sehari ke sehari... Selagi tak selesai, setiap hari saya berazam... sehari ke sehari, sampai malam ini dengan rasminya saya berjaya melaksanakn misi yang dah tertangguh ini..

Bermula dari balik bercuti dari Kg. Durian, serta dengan cuaca yang boleh kata tiap-tiap hari "basah".. (syukur dengan nikmat dan rahmat hujan...). Makin hari makin bertambah... memang bab ini saya agak malas, rasa mcm remeh sungguh nak mengadap. Tambahan pula kalau dua teruna, Awal dan Ibnu ada... mmg tak menjadilah nak lunaskan misi ini...

Malam ini, dua teruna tidurawal, lepas maghrib dah lena keletihan... siangnya penat bermain, petangnya bawak pegi main pasir kat tepi pantai berdekatan dengan kg nelayan di Teluk Muroh... Masuk maghrib dua-dua "hanyut"..

Jeng..jeng... misi bermula...dengan bantuan Mr. Hubby berjaya juga saya menyelesaikan MiSi MeLIPAT KAIN yang dah bertimbun-timbun...hheheheh.., Lama juga makan masa melipat kain ni.. sebab lepas lipat... kena suaikan baju Awal dan Ibnu ikut pasangan yang betul.. pastu asingkan siap2 dan susun... kalau tak ikut pasangan siap-siap n asingkan, nanti akan tengok la Mr. Hubby pakaikan anak baju warna hijau n seluar warna merah...(tak matching sbb ikut sempat jer amek...) atau Abang akan pakai baju adik n vice versa..

Emmm... kalau la ada mesin lipat kain... saya akan usaha beli... mmg bab melipat kain yang paling saya malas.. Kawan-kawan bagaimana?

Lids: Lega "mata"...

Tuesday, March 22, 2011

SAYA "GEGHAMM", SAYA "GEHGHITT"

Assalamualaikum Auntie semua yang saya sayangi,

Nama saya IBNU. Mama kata umur saya satu tahun 5 bulan dan  bulan sepuluh tahun ini, saya akan sambut Happy Birthday yang ke-2. Sampai sekarang, Alhamdulillah... saya masih minum susu Mama saya yang lemak berkrim.


Semalam  secara tak sengaja, saya tergigit kawan saya  Alesya sewaktu di TASKA. Saya GEGHAMMM tengok dia, dia putih melepakkk, sebab geram, saye gigit dia.. Saya bukan nak sakitkan dia, saya cuma nak bagitau dia, dia comel, putih dan cantik...

TAPI... Alesya nangis, kakak dan mama TASKA marah saya... Saya minta maaf, saya cuma nak bagitau Alesya, yang dia comel dan saya suka tengok dia... saya tak tau pun saya gigit boleh buat Alesya nangis... Kesian Alesya, tangan dia merah ada kesan gigi saya...

Petang semalam, mama TASKA bagi tau Mama saya dan tunjuk tangan Alesya yang kena gigit tu... Lepas tu, Mama saya tunggu Papa dan Mama Alesya datang serta minta maaf. Saya pun dah "minta maaf" dengan Alesya... Kami main dan gelak-gelak.. Alesya pun dah tak nangis lagi..


Petang semalam, mcm selalu-selalu jugak...banyak kali mama saya pesan... berkali-kali... "Ibnu jgn gigit kawan, ibnu jangan gigit abang.. ibnu jangan gigit mama tau... nanti tangan kawan merah, tak baik...nanti kawan nangis..nanti kawan sakit.."

TAPI.... saya bukan nak bagi kawan atau abang sakit... saya juga bukan nak bagi mama marah... CUMA...
"SAYA GEGHAMMMM.. SAYA RASA MCM NAK GEHGHITTT JER"...

Emmm... auntie-auntie yang baca ni, tolong la saya, saya dah tak mau gigit kawan saya lagi... nak buat mcm mana ye, bila saya gerammmm...!?

Saya,
IBNU BIN RAHIMI

Lid: Insiden gigit di TASKA lagi...Huhuhu..

Sunday, March 20, 2011

PERCUTIAN DI KAMPUNG DURIAN

Salam,

Lama sudah saya tidak berkesempatan mengupdate blog yang mmg jarang-jarang di update ini.. Hari ini saya bersiaran dari rumah mertua di Alor Star. Sebelum ini kami sekeluarga menghabiskan cuti di pondok a.k.a dangau kami yang mmg amat jarang-jarang kami kunjungi. Selalunya masa bercuti panjang baru kami ke sini.. di KG. DURIAN.
Ini tempat kami main pondok-pondok..Tangga dibina untuk mudah kami berendam dan terjun ke sungai.
Nama KG. DURIAN untuk pondok dusun kami ini, Awal yang bagi. Nama kampung. sama macam cerita Geng Pengembaraan Bermula (Upin&Ipin).. Pondok yang dikelilingi pokok durian, rambutan, manggis serta pokok petai pun ada.. Pokok lain yang ada di sini ialah pokok "buluh lemang".. Yang paling seronok, keliling dusun ialah anak sungai yang jernih, bersih lagi segar dan grrrrrr...sejuk. Udara pun nyaman sentiasa, redup dan sejuk.. best untuk  Abg Amirul layan tido. My Big Boy, Amirul... asyik qadha tido jer la kat sini... sekali jer dia terjun sungai..."eeeee, sejuk la mama," katanya..

Sudah lama Awal asik sebut-sebut nak ke Kg. Durian.. dan kami pun dah rindu nak main pondok-pondok dan tidur di Kg Durian. Kg yang nyaman, sunyi, jauh dari kesibukan dan bunyi bising.. Line hp pun amat susah untuk dapat, kecuali jika berada di luar rumah.. Broadband? jangan harap...mmg tak dapat langsung. Mmg la amat sesuai kami sekeluarga decide balik Kg. Durian cuti kali ini. Kebetulan, pondok kg durian baru jer lepas dinaiki air banjir seminggu sebelum kami balik.. Mujur, bapa saudara yang tinggal berdekatan dah tolong cuci dan kemas...

Tsunami kecil..kayu hanyut tersangkut di titi nak masuk ke Kg Durian masa banjir baru ni.
Sungai yang amat jernih dan bersih... dan Sejukkkkkk!!!
Dua hari di sini, celik mata ajer, Awal dah nak mandi sungai..
Nak ambil gambar lembu sebenarnya... sesat masuk gate kg Durian..
Di Ampaian buluh tu..karpet buruk yg belum kering kena banjir..
Siap-siap beli bot untuk main kat sungai ni.. 
Sejukkkk... tapi seronok!
Sebenarnya Awal bukan nak mandi sangat.. tapi nak main pasir..
Awal mmg kurang adventure, suka main pasir dan main kat tepi2 jer..
Sebab tak tahan sejuk pun sama..
Haaa... Ibnu, mmg pantang, jenuh nak kepung dia..
Sejukkkk!! Sukanya dia... Sejuk pun tak apa... janji seronok..
ehhhmm... percutian tiga hari dua malam yang sangat seronok... cuma yang kurang best, belum musim buah... kalau musim buah... gedebukkkk!!! durian gugur jer, cepat2 pegi kutip and makan... Tu belum lagi cakap pasal rambutan dan manggis.... best! best! tak sabar tunggu musim buah ni.. Saya sorang jer yang layan durian ni.. Hubby, Abg Amirul, n and si kecik dua orang.. mmg tak pandang pun... Dorang looking forward nak balik kg durian sbb nak mandi sungai ajer...
Tunggu bulan tujuh ni, sapa2 nak join meh laaa...hehehheehe.. Musim yang lepas, ada juga rakan2 my hubby datang makan dan angkut  durian..tapi masa tu pondok kami masih dalam pembinaan... kali ni sapa-sapa datang boleh la join main pondok2 sekali...hehehehhe..

LiD: Saya "hantu" durian..

Tuesday, March 15, 2011

SOALAN LAZIM PENGHARAMAN BOTOL SUSU POLIKARBONAT YANG MENGANDUNGI BPA

Salam,

Semalam kerajaan melalui Kementerian Kesihatan telah mengumumkan pengharaman penjualan dan pasaran botol susu bayi polikarbonat yang mempunyai Bisphenol A berkuatkuasa mulai 1 Mac 2012. Masa berita ini berkumandang di TV3, saya sedang memasak didapur. Mr Hubby cepat2 panggil untuk tengok TV masa tu. 

Memang diakui isu botol susu polikarbonat yang mengandungi BPA bukan lagi isu baru. Tetapi tak dinafikan juga, walaupun ini bukan perkara baru, ada ramai (terutama ibubapa) yang tidak menyedari dan mengetahui bahaya ini kepada bayi-bayi yang menyusu menerusi botol ini. 

Disini saya kongsikan maklumat daripada Laman Web Rasmi Kementerian Kesihatan  mengenai jawapan kepada soalan-soalan lazim mengenai isu ini.

PENGHARAMAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT YANG MENGANDUNGI BISPHENOL A

1. APAKAH ITU POLIKARBONAT?
Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi.

2. APA ITU BISPHENOL A (BPA)?
BPA ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar.

3. BAGAIMANA MENGENALI BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT?
    Botol susu bayi polikarbonat ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:
    1. Nombor 7 Pla_7.jpg
    2. Nombor 7 dan PCPla_7PC.jpg
    3. Nombor 7 dan ‘other’ Pla_7ot.jpg

    Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau ‘Bebas BPA’.

    4.        APAKAH KESAN BPA KE ATAS KESIHATAN MANUSIA?
    BPA diketahui boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon yang menyebabkan gangguan sistem fungsi tubuh.

    5.        BAGAIMANAKAH BAYI BOLEH TERDEDAH DENGAN BPA MELALUI BOTOL SUSU POLIKARBONAT?
    BPA boleh berpindah daripada botol susu polikarbonat ke dalam susu bayi seperti berikut:
    • Permukaan dalam botol susu bayi yang calar atau rosak.
    • Air panas dimasukkan terus ke dalam botol susu bayi.
    6.  APAKAH LANGKAH PROAKTIF KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA DALAM MENANGANI ISU INI?
    • KKM mengambil keputusan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA berkuatkuasa 1 Mac 2012.
    • KKM memberikan tempoh masa satu (1) tahun kepada pihak industri untuk menghabiskan botol susu bayi polikarbonat yang sedia ada di pasaran tempatan.
    • KKM dengan kerjasama agensi seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Kementerian  Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan Kementerian Penerangan akan membuat hebahan secara meluas kepada kumpulan sasar serta mengedarkan bahan-bahan pendidikan kesihatan berkaitan perkara ini.
    7.  MENGAPA KKM  MASIH MEMBENARKAN PENJUALAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT SEHINGGA SATU (1) TAHUN WALAUPUN KESANNYA KE ATAS KESIHATAN MANUSIA TELAH DIKETAHUI?
    Tindakan pengharaman penjualan botol susu bayi polikarbonat ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA adalah selamat terutamanya untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi seperti bayi. 
    KKM memberikan masa perubahan (transition period) secara berperingkat kepada semua pihak untuk ‘phasing out’ botol susu polikarbonat yang mengandungi BPA. Tindakan ini adalah selari dengan tindakan negara-negara lain yang telah mengharamkan BPA.

    8.  KENAPAKAH PENGHARAMAN INI DIKENAKAN KE ATAS BOTOL SUSU BAYI SAHAJA?
    Tindakan ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang menunjukkan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi seperti bayi.

    9.  APAKAH LANGKAH BERJAGA-JAGA SEKIRANYA PENGGUNA MASIH MENGGUNAKAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT?
    Pengguna disarankan mengikut langkah berjaga-jaga seperti berikut : 

    1. Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada.  Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.
    2. Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
    3. Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
    4. Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.
    5. Namun begitu, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing.

    10.    APAKAH CARA TERBAIK UNTUK PENGGUNA SEKIRANYA MENGGUNAKAN AIR PANAS UNTUK MENYEDIAKAN BANCUHAN SUSU DALAM BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT?
    Bancuhan susu boleh disediakan terlebih dahulu di dalam bekas lain yang bersih dan selamat.
    Sebagai contoh, bagi bancuhan susu sebanyak 150ml, masukkan lebih kurang 100ml air panas ke dalam bekas lain yang bersih dan selamat dan tambahkan susu mengikut sukatan. Bila bancuhan susu menjadi suam, masukkan ke dalam botol susu bayi polikarbonat dan tambahkan air suam sehingga menjadi 150ml.

    11.    APAKAH ALTERNATIF BOTOL SUSU BAYI YANG TERDAPAT DI PASARAN? 
    Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran seperti  yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone(PES), polyamides (PA) kaca dan lain-lain. 

    12.    APAKAH NEGARA-NEGARA YANG TELAH MELARANG  PENJUALAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT? 
    Negara-negara yang telah mengambil langkah awal mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA adalah Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand dan negeri New York di Amerika Syarikat. Perkembangan terkini adalah pengumuman pengharaman botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA oleh pihak Kesatuan Eropah.
    13.    APAKAH TINDAKAN YANG PERLU DIBUAT OLEH PENGGUNA SELEPAS 1 MAC 2012? 
    Walaupun tarikh penguatkuasaan ke atas pengharaman botol susu bayi polikarbonat di pasaran adalah pada 1 Mac 2012, pengguna yang masih menggunakan botol susu bayi polikarbonat di rumah perlu memeriksa keadaan botol susu tersebut dan sekiranya tiada calar atau rosak, ianya masih boleh digunakan mengikut panduan KKM. Jika ada calar atau rosak, pengguna perlu menukar botol susu bayi polikarbonat tersebut kepada botol susu yang bebas BPA.

    14.    ADAKAH PUTING SUSU BAYI MENGANDUNGI BPA?
    Tidak. Puting susu bayi biasanya diperbuat daripada bahan seperti silikon dan getah yang tidak mengandungi BPA.

    15.    BAGAIMANA KEADAAN PENGGUNA YANG PERNAH ATAU TELAH LAMA MENGGUNAKAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT?
    Tindakan pengharaman penjualan botol susu bayi polikarbonat ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA adalah selamat terutamanya untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi seperti bayi. Tindakan pengharaman ini juga diambil adalah berdasarkan penemuan dan perkembangan terkini. 
    Walau bagaimanapun, pengguna yang masih menggunakan botol susu bayi polikarbonat di rumah perlu memeriksa keadaan botol susu tersebut dan sekiranya tiada calar atau rosak, ianya masih boleh digunakan mengikut panduan KKM. Jika ada calar atau rosak, pengguna perlu menukar botol susu bayi polikarbonat tersebut kepada botol susu yang bebas BPA bagi mengurangkan pendedahan terhadap BPA.

    16.    ADAKAH PERKAKASAN DAN BEKAS MAKANAN / MINUMAN BAYI SEPERTI PINGGAN, SUDU DAN CAWAN PLASTIK JUGA MENGANDUNGI BPA? 
    Tidak. Perkakasan dan bekas makanan / minuman bayi biasanya diperbuat daripada bahan yang tidak mengandungi BPA seperti silikon, polypropylene, dan stainless steel.

    17.    ADAKAH BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT MENGANDUNGI MELAMIN YANG BOLEH BERPINDAH KE DALAM SUSU?
    Tidak. Botol susu bayi polikarbonat tidak mengandungi melamin. 

    18.    APAKAH CONTOH BEKAS MAKANAN ATAU MINUMAN LAIN YANG DIPERBUAT DARIPADA POLIKARBONAT YANG MENGANDUNGI BPA SELAIN DARIPADA BOTOL SUSU BAYI?
    Bekas makanan atau minuman yang biasanya diperbuat daripada polikarbonat adalah seperti botol menyimpan air (tumbler) dan bekas air guna semula.

    19.    KENAPA KKM TIDAK MENGHARAMKAN BEKAS MAKANAN ATAU MINUMAN LAIN YANG DIPERBUAT DARIPADA BAHAN PLASTIK POLIKARBONAT? APAKAH TINDAKAN KKM SETERUSNYA?
    Berdasarkan kepada pengetahuan masa kini dan bukti saintifik dari negara maju lain, tiada kesan terhadap kesihatan. Sehubungan itu tiada keperluan untuk mengambil sebarang tindakan pengharaman ke atas bekas makanan atau minuman lain yang diperbuat daripada polikarbonat selain daripada botol susu bayi buat masa ini.

    Semua bekas makanan atau minuman lain yang diperbuat daripada polikarbonat perlu mematuhi Malaysian Standard MS 2234:2009 – Plastic Materials and Articles Intended to Come into Contact with Food, di mana specific migration limit (SML) bagi BPA adalah pada paras 0.6 mg/kg (sama seperti negara EU).

    KKM akan terus memantau produk-produk bekas makanan dan minuman lain yang diperbuat daripada polikarbonat di pasaran tempatan serta mengikuti perkembangan saintifik antarabangsa dari masa ke semasa berkaitan isu BPA ini.
    14-03-2011

    Lid: Masih belum terlambat...

    Friday, March 11, 2011

    USAH MALU MENGEPAM SUSU BADAN

    Salam Jumaat,


    Tertarik sungguh dengan artikel ini, temubual dengan Puan Farah Farhan, seorang ikon penyusuan susu ibu dan Kaunselor Laktasi yang amat saya kagumi... muda dari segi usia, tetapi matang dan cukup masak dengan pengalaman dalam penyusuan susu ibu berdasarkan pengalaman yang beliau lalui sendiri.

    Saya kongsikan artikel ini. SUMBER : KOSMO.

    Usah malu mengepam susu badan



    MENYUSU badan kini sudah kembali sebagai trend malah, ramai ibu muda pada masa kini tanpa mengeluh tetap akan mencari sudut privasi bagi menyusukan anak walaupun di pusat beli-belah, kedai makan mahupun dalam majlis keramaian.
    Jika tidak diberi menyusu terus dari payu dara, lambakan jenama dan jenis pam susu badan manual mahupun elektrik menjadikan wanita yang berkerjaya juga mampu memberikan susu badan secara eksklusif kepada bayi mereka.
    Menyusukan anak secara eksklusif bermakna bayi disusukan dengan susu ibu sahaja tanpa diberi air masak, susu formula atau makanan tambahan lain selama enam bulan dan meneruskannya sehingga dua tahun.
    Justeru itu, pemilihan pam susu yang bersesuaian perlu dititikberatkan untuk mengelakkan proses mengeluaran susu tidak terganggu akibat kejutan terutama dari segi sedutan.
    Menurut Kaunselor Laktasi dan Pengarah Urusan Sarakids, Nor Farah Farhan Abdul Fattah, pemilihan pam yang bergred hospital amat penting kerana ia lebih selesa digunakan, mengikut sedutan seperti mulut bayi selain tidak menyakitkan.
    Menceritakan lebih lanjut, wanita yang mesra disapa Farah, 30, mencadangkan supaya ibu-ibu yang bekerja membuat kaji selidik menerusi Internet, rakan-rakan yang berpengalaman ataupun berjumpa dengan pakar laktasi sebelum membeli gajet tersebut.
    Katanya, sekiranya tersilap memilih kerana mahu yang murah, mungkin pam tersebut tidak bergred hospital sekali gus membantutkan proses pemerahan susu apabila payu dara ibu berasa sakit dan tidak selesa.
    “Pemilihan pam yang betul sangatlah penting kerana ciri-ciri pam yang sepatutnya dipilih adalah sedutan yang menyerupai hisapan mulut bayi,” jelasnya.
    Tambahnya, bagi ibu yang bekerja, lebih mudah sekiranya mereka memilih pam berganda (double-pumping) kerana ia amat menjimatkan masa, iaitu mereka boleh memerah susu pada kedua-dua belah payu dara secara serentak untuk tempoh 20 hingga 30 minit.
    Kelengkapan pam



    Selain pemilihan pam susu, ibu juga sudah boleh mula mencari produk penyusuan susu ibu di pasaran seperti beg penyejuk, gel ais dan beg yang bersesuaian untuk memudahkan ibu semasa hendak mula bekerja nanti.
    Kata Farah, susu ibu boleh disimpan dalam peti sejuk dua pintu (pintu atas) selama tiga bulan, peti sejuk satu pintu selama dua minggu dan peti sejuk beku selama enam bulan.
    Bagi wanita yang bekerja, memang diakui, pada mulanya pasti ramai yang agak malu untuk melakukan proses mengepam di tempat kerja yang sudah tentu menarik mata nakal rakan lelaki yang memandang.
    “Sebenarnya mudah sahaja untuk mengepam di pejabat, yang paling penting pemilihan baju serta pakaian dalam yang mudah untuk diselak untuk mencekup corong pam susu dengan mudah.
    “Selain itu, pemilihan pam elektrik yang kurang mengeluarkan bunyi, malah boleh juga ditempatkan motor pam itu di dalam beg khas untuk mengurangkan gegaran dan juga bunyi pam,” katanya yang turut mereka pam elektrik jenama sendiri, Modu hasil kerjasama dengan Insan iaitu sebuah syarikat di Korea.
    Kelebihan susu badan
    Bagi ibu yang meninggalkan anak di rumah pengasuh, oleh kerana kebanyakan pengasuh sudah terbiasa memberikan susu formula kepada bayi di bawah jagaan mereka, ia menyebabkan kemungkinan bekalan susu perahan yang disediakan tidak mencukupi selama di rumah pengasuh.
    Ini kerana ramai yang keliru mengenai kuantiti susu diperlukan oleh bayi yang membesar dari bulan ke bulan.
    Ia menyebabkan ramai ibu berada dalam dilema sama ada terus memberi anak susu badan apabila si kecil di bawah jagaan pengasuh.
    Nasihat Farah, konsep permintaan dan pembekalan perlu difahami ibu supaya mereka tidak tersalah anggap dengan kebolehan badan menghasilkan susu untuk anak-anak.
    “Sebenarnya ramai ibu yang tidak tahu bahawa pengambilan susu perahan oleh bayi dari umur satu bulan hingga 6 bulan adalah sama dan tidak berubah. Ia adalah lebih kurang tiga auns sekali minum dengan empat hingga lima kali dalam tempoh ibu bekerja.
    “Diakui pada awalnya, bayi akan merengek dan memberi isyarat seperti mahu menghisap susu lagi, namun ibu boleh melatih pengasuh untuk mendukung, bermain dan memberi lebih perhatian kepada bayi.
    “Ini kerana kebiasaannya ramai yang beranggapan susu badan harus ditambah untuk bayi seiring dengan peningkatan usia sehingga 6 bulan.
    “Bagaimanapun, pendapat itu mungkin hanya sesuai untuk susu formula sebagaimana yang tercatat pada label pada tin.
    “Keunikan susu ibu adalah apabila Allah telah pun menetapkan khasiatnya mengikut keperluan umur,” jelasnya sambil menerangkan bayi sememangnya mempunyai naluri menghisap namun, keadaan ini bukanlah bermakna bayi tidak cukup susu.

    SUSU badan yang dipam boleh disimpan di dalam peti sejuk dan boleh bertahan antara tiga hingga enam bulan.


    Pengalaman sendiri
    Berkongsi pengalaman sebagai wanita yang bergelar ibu, Farah juga menginginkan yang terbaik buat tiga orang buah hatinya, Puteri Sara Azalea, 4, Puteri Syasya Adalea, 3, dan Putera Shafik Adrian, 4 bulan.
    Isteri kepada seorang jurutera, Saiful Azwan Rasidi itu sedar perkara asas yang terbaik untuk anak-anaknya sejurus selepas dilahirkan adalah dengan memberi susu ibu secara eksklusif.
    Lulusan bidang Mikrobiologi dari Universiti Teknologi Mara itu sanggup meninggalkan jawatan sebagai pensyarah di salah sebuah institusi pengajian tinggi swasta selepas dia melahirkan anak sulungnya.
    “Saya akui dulu semasa anak sulung, saya kurang pengalaman dan persediaan. Malah, ketika anak saya berumur 8 bulan, saya diberikan rezeki untuk mengandungkan anak kedua pula, ketika itulah saya berhenti memberi susu badan kepada anak sulung kerana mendengar cakap orang yang lebih tua.
    “Ada yang kata tidak elok untuk kesihatan bayi yang dikandung kerana bimbang, khasiat makanan ibu yang sepatutnya diambil bayi dalam kandungan, ‘dicuri’ anak yang sedang menyusu,” katanya yang berjaya melengkapkan kursus penyusuan yang melayakkannya bergelar kaunselor laktasi dari Pusat Perubatan Universiti Malayia (PPUM).
    Enggan mengulangi kesilapan pertama, Farah memilih menyusu secara eksklusif bagi anak kedua dan ketiganya.
    “Ia adalah nikmat tak ternilai bagi seorang ibu, malah sokongan daripada orang tersayang iaitu suami amat saya hargai,” katanya yang ternyata puas kerana dapat menyusukan anak-anaknya tanpa susu formula.
    Dengan kesedaran yang ada, Farah bertekad menubuhkan sebuah pusat sehenti bagi barangan bayi dan gajet lengkap untuk penyusuan susu ibu yang diberi nama Sarakids.
    Sarakids kini mempunyai lima cawangan utama seluruh negara dan turut melebarkan sayapnya ke Brunei, Singapura dan Korea.
    Untuk maklumat lanjut mengenai Sarakids, boleh ke laman web www.sarakids.com atau ke kedai di alamat 42-1, First Floor, Jalan Opera L U2/L, Taman TTDI Jaya, Shah Alam, Selangor.
    Lid: Masih Mendalami ILMU Penyusuan Susu Ibu.