Friday, January 28, 2011

KASIH IBU SAMPAI KE HUJUNG NYAWA


Salam,

Tersentuh hati saya, tak dapat dibendung kolam airmata bila membaca kisah ini.. Saya ingin kongsikan disini entry dari blog Menyusu Si Manja .

" Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga. 

Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.

Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.

Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi."


Tersayat pilu hati saya membaca kisah ini... 

Lid: Berdoa agar Allah masih memberikan peluang untuk membelai dan membesarkan anak-anak.

Wednesday, January 26, 2011

RAMBUT SINGA

Salam,

Hari ini si kecil IBNU, awal-awal lagi dah beradu.. keletihan gamaknya, mungkin juga tak cukup tidur kerana TASKA dalam proses perpindahan ke tempat baru. Ayahnya The Boys Master pun awal2 lagi dah masuk ke bilik.. Yang tinggal saya dan AWAL berduaan di ruang tamu.. Sambil bergomol2.. sambil layan kartun..sambil mewarna.. sambil BW.

Tahun ini jika mengikut tahun AWAL dah 'ampattt" tahun... tapi memandangkan dia lahir pada bulan 10, saya masih konsider AWAL sebagai 3 tahun 3 bulan.. Pada usia ini AWAL masih memakai diaper, walaupun mulut dah macam bertih jagung.. sebetulnya AWAL dalam proses "diaper free".. Tapi dek kerana mamanya yang tidak betul-betul "Istiqomah", dan kurang yakin, belum lagi berjaya misi ini.

AWAL punya kulit yang sensitif, mudah merah.. mudah gatal dan penggeli orangnya.. Bermacam-macam jenis diaper dah guna, akhirnya mami poko yang paling sesuai.. itu pun masih lagi ada masalah ruam lampin dan kegatalan..

Sedang asyik layan kartun, (mamanya layan Blog) Awal mula menggaru... saya bawa dia ke bilik air, bersih dan sabun bahagian ruam lampin Awal.. Kemudian, saya bagi tau dia.." Awal pakai lampin adiklah ye... tak gatal.." Lampin adik ialah cloth diaper adik... "lampin ni lampin kain, tak gatal"..kata saya.. Lepas sapu cream "dropoline" saya pakaikan dia cloth diaper..

Selang berapa minit... tiba-tiba Awal panggil saya dan cakap.. "Mama pakai lampin kain pun gatal la mama".. hahahhhaa... tergelak besar saya... terus saya terkam dan geletek  dia.... tiba-tiba sambil ketawa Awal cakap "MAMA, RAMBUT MAMA MACAM RAMBUT SINGA LA.." (Rambut singa mengikut kamus AWAL ialah rambut yang tak bersikat ala2 rambut pacak tapi berselerak) nahhhhh! amek sebijik.. Tergelak saya..

Lid: Syukur Ya Allah! Kerana menganugerahkan kebahagian ini.

Tuesday, January 25, 2011

ALOHA!!

Salam and ALOHA,

Sebut saja ALOHA mesti terbayang kepulauan HAWAI spt yang ditonjolkan dalam promosi pelancongan mengenai kepulauan unik ni.. ALOHA bermaksud "hello" atau boleh juga jadi "good bye" bahasa yang biasa digunakan oleh penduduk "pribumi" kepulauan tersebut.

ALOHA (hello) Manjung...!! Saya dah kembali ke Manjung setelah 2 minggu berkursus di KL.
ALOHA (good bye) KL...!! Tiada lagi kesesakan lalulintas, tak perlu lagi makan nasi bungkus... dan yang paling penting sekali, at my home sweet home, taraaaa...The Boys Master, Mr. Rahimi sentiasa disisi..

Semasa kursus ni, saya menjadi satu-satunya wanita Melayu terakhir, dan teman saya adalah satu-satunya wanita Japanese-Chinese-American Mdm. Tracy Saiki.. Berbudi bahasa orangnya, tapi jenuh jugak nak train lidah saya ni berbahasa Inggeris sepanjang dua minggu tu... Sebelum pulang ke Hawai, Mdm. Saiki hadiahkan saya coklat dan tea dari Hawai... seronok bangattt! bukan sebab coklat atau tea, tapi sebab benda2 ni dari Hawai.. (boleh gitu?) In return, saya hadiahkan dia apa? emmmm... tak sempat bagi apa-apa, kerana Mdm Saiki balik awal dari dijangka.. i'll keep in touch dengan dia, banyak ilmu yang boleh saya godek2 dari dia terutamanya dalam bidang berkaitan kerjaya saya.. TQ Ma'am.

Hawaian Tea and Coklat.
Dalam masa dua minggu di KL, bermula dari anak saya  AWAL demam, kemudian adiknya IBNU demam juga dan cirit-birit, kemudiannya saya.. paling teruk, selsema batuk, demam dan cirit birit... dapat MC satu hari semasa kursus tu... Sayang rasanya, bukan senang orang nak hantar kursus, tapi dek kerana sampai diri ini tak berdaya nak berulang ke tandas kerana muntah dan cirit birit, terpaksa merehatkan diri... Alhamdulillah, emak dan ayah ada bersama tolong jagakan the Two Boys yang sedang lasak.. Tq mak and ayah..

Habis kursus, petang tu juga bertolak balik ke kg di Pahang, hantar mak dan ayah. Ahad pagi bertolak balik ke Manjung. Here i am.. kat rumah. Ada beberapa perkara tentang jual beli rumah perlu disetelkan... jadi, saya bercuti dan akan mula bekerja hari khamis ini. Dengan semangat baru!

Lid: Chayok!

Friday, January 21, 2011

SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN BUAT SUAMIKU

(*mode Jiwang)
Selamat Ulangtahun kelahiran yang ke-43 buat Suami Tercinta, Rahimi bin Abdul Rahman. 
Semoga Allah sentiasa memberikan dirimu kesihatan yang baik untuk kita terus bersama-sama menikmati kebahagiaan melayari kehidupan bekeluarga, mendidik dan membesarkan anak-anak.. 

I Love You So Much, for the rest of my life...

FOR THE REST OF MY LIFE - Maher Zain -
I praise Allah for sending me you my love
You found your home and sail with me
And I'm here with you
Now let me let you know
You've opened my heart
I was always thinkin' that love was wrong
But everything was changed when you came along oh
And there is a couple of words I wanna say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I`ll be there for you

I know it deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You're my wife and my friend and my strength
And I pray we're together in Jannah
All I know I found myself
I feel so strong
Yes! Every thing was changed when you came along oh
And there is a couple of words I wanna say

I know deep in my heart
And now that you're here in front of me
I strongly feel love
I strongly feel love
And I have no doubt
And I sing it loud that I will love you eternally

I know it deep in my heart

Lid: Syukur Ya Allah, kerana menghadirkan dia dalam hidupku.

AWAL"saurus" & IBNU AT DINOs EXHIBITION

Salam.

Sudah lama saya dan suami berkira-kira nak bawa Awal dan Ibnu ke Dinos Exhibition di Pusat Sains Negara selepas baca promonya dalam akhbar Utusan tak lama dulu... Awal mmg excited sungguh nak tengok Dinos.    Awal peminat Dinos. daripada koleksi patung mainan, colouring books, board books dan yang terbaru sekali puzzle semuanya  Dinosaurs.  Ibnu? masih belum faham dan belum tunjukkan minat... dia cuma minat gehgitttt orang... hehheeh.
Sementara berada di KL dua minggu ni, weekend lepas berkesempatanlah bawa anak-anak ke Dinos Exhibitions.

Ini T-REX Dino yang menyambut kami.
Haa... Ini Ibnu yang takotttt!!
Ini?? Peminat Dino yang terkejut dan Takut!! 
Oleh kerana ketakutan, dan tak makan dipujuk lagi... ayah dan maknya sahajalah yang tgk dinos2 ni... Ambil koleksi gambar untuk Awal tgk kat laptop. Antara Dinos yang jadi Fav. Awal..


Awal dan Ibnu, ditemani oleh makciknya dan tok... buat aktiviti kat luar ajer..
Meh, suka benor kaler pink!!

Bersama Adik saya, Acik Cuner.. Pink lg..!
"Saya tulun susun sini yer"
Ayahanda dan Bonda saya, mereka sudah tua.. Datang ke KL untuk jaga cucu-cucu sepanjang dua minggu saya disini.. Terima kasih Ayah, Terima Kasih Emak...
Bonda saya Khalijah bt Ismail, yang menjaga cucu sepanjang dua minggu kami di KL.
Ayahanda saya Rahaman bin Brahim, akan sentiasa bersama Bonda.
Ultraman warna warni..
Malam tu.. sibuk Awal nak buka laptop saya.. nak tgk Dinosaours katanya...

Lids: Apa saja,Ayah dan Mama akan cuba jadi ibu bapa sempurna.



Wednesday, January 12, 2011

SELAMAT PAGI KUALA LUMPUR!

Salam,

Selamat pagi Kuala Lumpur! Selamat Pagi Orang Kota dan Selamat Pagi Kota Metropolitan!
Hmmm... Dah lama tak memandu dalam kesesakan di Kuala Lumpur ini sejak 3 tahun bertukar tempat bertugas di Lumut, di Perak..

Minggu ini saya berada di KL sehingga 21hb untuk tugas sementara.
Minggu ini, saya perlu memandu dari rumah ( rumah lama) saya di Bandar Sri Permaisuri ke tempat bertugas di Jalan Semarak..

Perrrghhhh!! Berdebar pulak rasanya, dah biasa memandu dari rumah di Manjung ke Lumut... (tiada traffic jammed dan kesesakan) Di Manjung saya boleh memandu sambir bersiar-siar lagi sewaktu pergi ke tempat kerja... hhehehehe..

Hari ini, sampai 21hb ni... saya jadi orang Kota Metropolitan KL... mengharungi kesesakan lalulintas, bunyi bising dan udara yang sedikit extra asap kenderaannya...

Sesak nafas??!!! Oh tidak...!!! untuk dua minggu ini saya akan enjoy keadaan yang saya lalui ini ( traffik jammed dan etc, etc)... semoga 'kesulitan' ini lebih mengajar saya menghargai kesulitan orang lain, lebih bertolak ansur dan menghormati orang lain di jalan raya... dan lebih berhemah dalam pemanduan.

Lids: Teringin Nak Mkn nasi Lemak Antarabangsa....

Tuesday, January 11, 2011

DI MANA NALURI KEMANUSIAAN?

Salam,

Tak terbendung air mata ini bila membaca berita ini dalam Utusan Malaysia pagi ini....Jika tidak naluri keibuaan pun, dimanakah nilai kemanusiaan dalam diri si pendera ini ? Hanya Allah yang tahu betapa perit penderitaan si kecil ini.. 

Berbahagialah dirimu di JANNAH adik NURDIANA QISTINA... Amin.

Kanak-kanak 3 tahun mati didera

Oleh ZULHISHAM ISAHAK -pengarang@utusan.com.my

Nor Aqiulla Razali (gambar kecil) yang pengsan diberi bantuan selepas melihat mayat anaknya, Nordiana Qistina Nurafizan dibawa keluar dari Rumah Mayat Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru, semalam. – utusan/Nasirruddin Yazid


JOHOR BAHRU 10 Jan. – Sukar untuk digambarkan betapa seksanya penderitaan ditanggung seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang menjadi mangsa dera di Kampung Sungai Tiram di sini.
Hampir keseluruhan tubuhnya penuh dengan 73 kesan lebam dan luka.
Hanya mereka yang tidak berperikemanusiaan sahaja sanggup melakukan kekejaman terhadap kanak-kanak kecil yang tidak berdosa itu.
Berikutan kecederaan itu, kanak- kanak tersebut, Nordiana Qistina Nurafizan, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 9 pagi semalam di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini.
Bukan hanya Nordiana Qistina, malah adiknya, Danish Irsyad berusia setahun, turut menjadi mangsa kekejaman yang dipercayai dilakukan oleh ibu tirinya. Kanak-kanak itu ini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.
Mangsa merupakan anak kedua daripada tiga beradik dan tinggal bersama bapanya, Nurafizan Ludin, 29, seorang pekerja kilang manakala ibu tirinya pula seorang suri rumah.
Ibu kandung mangsa, Nor Aquilla Razali, 27, menetap di Pasir Gudang dan bercerai dengan Norafizan sejak setahun lalu.
Nor Aquilla ketika ditemui memberitahu, bekas suaminya itu menghubunginya untuk memaklumkan kematian Nordiana Qistina kira-kira pukul 11 pagi ini.
Wanita itu yang tidak dapat menahan perasaan setelah melihat keadaan mayat anaknya di Bilik Mayat HSI pengsan tiga kali.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Roslan Zainuddin berkata, kanak-kanak malang itu meninggal dunia akibat pendarahan dalaman yang serius.
“Punca kematian Nordiana Qistina adalah kerana 73 kesan penderaan di seluruh tubuhnya.
“Melalui bedah siasat, organ dalaman mangsa rosak teruk dan berdarah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Roslan berkata, mangsa dihantar oleh bapanya ke HSI kira-kira pukul 8.25 pagi semalam namun disahkan meninggal dunia tidak lama selepas itu.
Beliau memberitahu, ibu tiri mangsa sedang dicari dan dia berkemungkinan akan ditahan dalam tempoh terdekat bagi membantu siasatan kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Utusan Malaysia difahamkan, bapa mangsa membuat laporan polis mengatakan anaknya itu meninggal dunia kerana lemas ketika mandi dalam sebuah besen di rumahnya.
Jenazah Nordiana Qistina selamat dikebumikan di kampung datuknya di Felda Tenggaroh, Mersing, kira-kira pukul 5 petang tadi.

Lid: sedih dan pilu.

Friday, January 7, 2011

KENAPA ANAK SUKA MENGGIGIT?

Salam,

Tabiat IBNU suka menggigit sewaktu di TASKA masih berterusan. Tetapi, Alhamdulillah selepas incident 'cedera' dan menggamatkan TASKA seketika tempohari. Pihak Pengurusan mengambil langkah proaktif. .hehehheeh... langkah berjaga-jaga, dan mereka semakin "alert" bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini..

Hari ini saya nak share sikit input mengenai mengapa anak-anak kita suka menggigit. Kredit to pediatrics.com: Sori ye, tak sempat nak translate. 

Setelah dikaji-kaji, sebab musabab tabiat menggigit Ibnu jatuh dalam kategori INDEPENDENCE berdasarkan insiden gigit menggigit yang dilaporkan... Hheheheh.

Ada petua orang tua lama-lama katanya : untuk hentikan tabiat menggigit, bila anak start menggigit, sumbatkan mulutnya dengan kain lampin.. emmm, cam mendera pulak rasanya which saya tak buat. Setakat ni guna kaedah bila dia menggigit, saya dengan nada marah ( tidak menengking) dan muka yang buat-buat sakit tahap gaban, bagi tau di... "aduhhhh!!!jgn gigit... Mama sakittttt...!" tenung kat mata dia minta simpati...
Meh kita baca apa kata PAKAR.

WHY CHILDREN BITE

EXPLORATION - Infants and toddlers learn by touching, smelling, hearing, and tasting. If you give an infant a toy, one of the first places it goes to is the mouth. Tasting or "mouthing" things is something that all children do. Children this age do not always understand the difference between gnawing on a toy and biting someone.

TEETHING
 - Children begin teething around the ages of 4 to 7 months. Swelling gums can be tender and can cause a great deal of discomfort. Infants sometimes find relief from this discomfort by chewing on something. Sometimes the object they chomp on is a real person! Children this age do not truly understand the difference between chewing on a person or a toy.

CAUSE AND EFFECT
 - Around the age of 12 months, infants become interested in finding out what happens when they do something. When they bang a spoon on the table, they discover that it makes a loud sound. When they drop a toy from their crib, they discover that it falls. They may also discover that when they bite someone, they get a loud scream of protest!

ATTENTION
 - Older toddlers may sometimes bite to get attention. When children are in situations where they are not receiving enough positive attention and daily interaction, they often find a way to make others sit up and take notice. Being ignored is not fun. Biting is a quick way
to become the center of attention - even if it is negative attention.

IMITATION
 - Older toddlers love to imitate others. Watching others and trying to do what they do is a great way to learn things. Sometimes children see others bite and decide to try it out themselves. When an adult bites a child back in punishment, it generally does not stop the biting but teaches the child that biting is okay.

INDEPENDENCE
 - Toddlers are trying so hard to be independent. "Mine" and "Me do it" are favorite words. Learning to do things independently, making choices, and needing control over a situation are part of growing up. Biting is a powerful way to control others. If you want a toy or want a playmate to leave you alone or move out of your way, it is a quick way to get what you want.

FRUSTRATION
 - Young children experience a lot of frustration. Growing up is a real struggle. Drinking from a cup is great; yet nursing or sucking from a bottle is also wonderful. Sometimes it would be nice to remain a baby. Toddlers don't have good control over their bodies yet. A loving pat sometimes turns into a push. Toddlers cannot talk well. They have trouble asking for things or requesting help. They haven't learned yet how to play with others. At times, when they can't find words to express their feelings, they resort to hitting, pushing, or biting.

STRESS
 - A child's world can be stressful, too. A lack of daily routine, interesting things to do, or adult interaction are stressful situations for children. Children also experience stressful events like death, divorce, or a move to a new home. Biting is one way to express feelings and relieve tension.

WHAT CAREGIVERS CAN DO
  • USE THE WHO, WHAT, WHEN, WHERE, AND HOW METHOD TO PINPOINT THE PROBLEM. When did the biting occur? Who was involved? Where did it happen? What happened before or after? How was the situation handled?
  • TRY PREVENTION. If you determine that the biting occurs as the result of exploration or teething, you may want to provide the child with a cloth or teething ring to gnaw on.

    If a child seems to bite when tired or hungry, you may want to look at your daily routine to be sure that he is getting enough sleep and nourishment.

    If the biting occurs when two children are fighting over a toy telephone, you may want to purchase an extra toy telephone. It does not work to make very young children share. Toddlers don't have the skills to negotiate or understand another child's perspective.

    If attention seems to be the main reason for biting, try to spend time with the child when she is doing more positive things. Snuggling up and reading a book together or rolling a ball back and forth is so much more fun than receiving a scolding.

    If the child is experiencing a stressful family or caregiving situation, you will want to make everyday life as supportive and normal as possible. Predictable meals and bedtimes and extra time with a loving adult can help. Often, experiences like rolling, squishing, and pounding play dough or relaxing and splashing in the bathtub are great ways to relieve tension. In painful situations like divorce, it takes time and patience for healing to occur.

  • TEACH NEW BEHAVIORS. When a child bites, show the biter with your voice and facial expression that biting is unacceptable. Speak firmly and look directly into the child's eyes. For example you might say, "No! Ibnu, it's not okay to bite. It hurts Abang when you bite him. He's crying. I won't let you bite Abang or another child." If the child is able to talk, you might also say, "You can tell abang with your words that you need him to move instead of biting him. Say 'Move, Abang!'" ( skript ditukar sebab dia selalu gigit abangnya)
  • You may also want the child to help wash, bandage, and comfort the victim. Making her a part of the comforting process is a good way to teach nurturing behavior.
Whenever the child is out of control, you will need to restrain or isolate her until she calms down. Insist on a "time out" or "cooling off period." Wait a few minutes until things are under control, and then talk to the child about her behavior.

Biting can be an uncomfortable issue for parents. Parents of a child who is bitten are often outraged and angry. Parents of the biter may feel embarrassed and frustrated. Sharing information about the causes of biting and your plans for controlling the situation can help parents to put things into perspective.

Lid: Kita perlu banyak bersabar dan guna kebijaksanaan dalam mendidik anak-anak dan bukan ikut perasaan.
Photobucket

Wednesday, January 5, 2011

MY 2nd FOLLOWER :-)

Salam...

Hari ini perasaan berbunga-bunga.. kembang setaman.. rasa-rasanya mmg blogger baru mcm saya ( rasanya) seronok bila bertambah follower.. Terima kasih yang tak terhingga kpd LIZA krn menjadi follower saya yang ke-3 ( selepas saya sendiri dan rakan saya Mama Adam)..

Bercakap tentang follow menfollow ini, mmg banyak yang saya dah godek-godek.. banyak pendapat dan banyak pandangan..  Antaranya, 1. follow memfollow tak boleh dipaksa, biarlah ikhlas.. 2. Jika Blog best  (mcm Kak Red, BA, kak melur dan ramai lagi otai2 lain tu) mmg la orang nak follow... 3.Buat GA selalu nak tarik Follower.. etc,etc..

Blog saya...!??? Blog mak budak baru belajar... Bak kata teman saya, slow-slow..

Mmg saya akui, saya berblog untuk seronok-seronok dan berkongsi kisah dgn rakan-rakan di alam Maya ini... Untuk tatapan anak-anak saya pada masa hadapan.. Tetapi tak salahkan jika saya...YIHAAA!!!! Chayoook!! Excited dan seronok bila ada orang lain yang sudi membaca blog saya...

Sekali lagi tq tu Liza.. MMuahs!

Lids: Seronok baca blog orang. Dan paling seronok baca blog Farah Farhan.

Photobucket

Tuesday, January 4, 2011

Alahai Anak OmaKK!!

Salam.. 


Pagi tadi baru sampai ofis tak sampai 30 minit, tiba-tiba telefon ofis berbunyi.. ingatkan panggilan official.. tup-tup di talian tiba-tiba dengar suara baby riuh rendah... ops, orang salah nombor kot.. rupa-rupanya pengusaha TASKA tempat Awal dan Ibnu yang telefon.. Berderau darah sekejap, kakak tu cuma bagi tau, " Puan, boleh datang ke TASKA kejap, ada benda nak bincang.. Akak pun tak tau nak cakap mcm mana'..Sob!sob! sambil menagis.. "kenapa kak?" berulang saya tanya dengan penuh rasa berdebar... sob!sob! " " Ibnu menggigit anak orang , akak tak tau nak menjawab mcm mana pada parents". Haaaaaaa....! saya berkejar ke TASKA.


Mmg terkejut saya tgk, ada tiga kesan gigit di belakang baby yang baru berumur 6 bulan.. mama baby pun ada sama.. Muka baby ada kesan calar dan berbekas-bekas ( tapi bukan gigitan). Saya hanya mampu minta maaf, cium baby dan berkali-kali minta maaf... nak salah kan siapa? Ibnu baru setahun 3 bulan, dia belum faham apa yang telah dia buat.. Dan tak sepatutnya sampai ada 3 gigitan, pada saya, seawal gigitan pertama.. pihak TASKA perlu dah alert..mmmmm..


Saya panggil Ibnu, dan tunjukkan kawan dia yang kena gigit... Ibnu hanya menangis, (mungkin kena marah kot tadi). "Tengok tu, kesian kat kawan, kenapa ibnu gigit dia..?" Ibnu nangis lagi... kesian Ibnu, serba salah jadinya saya...


Mama si kena gigit  professional, pengusaha TASKA pun professional. Kata mama si kena gigit, saya tak boleh nak marah, Ibnu pun tak faham kalau marah.. dan saya takut, nanti bila anak saya dah ada gigi, dia pulak gigit anak orang... Kata pengusaha TASKA, mereka sedang sibuk di belakang dan ramai yang menangis waktu tu, jadi tak perasan bila Ibnu menggigit.. Nyatanya ada 3 kesan gigitan di belakang baby.. Huhuhuhu..


Baby dibawa jumpa doc, kata doc, kesan gigit hanya luaran... tak melibatkan dalaman. alhamdulillah... kesan dimuka, mungkin sbb bby sembamkan muka sewaktu digigit... Ya allah! syukur tak ada apa2 anak orang tu... Cumanya dalam perbincangan tadi, saya pesan kpd pengusaha TASKA, sesibuk mana pun, anak2 kecil ni tak sepatutnya dibiarkan main sendiri... perlu di pantau sentiasa.. mereka tak mengerti apa2.. kemalangan boleh berlaku bila-bila. Jika baby tadi tersebam mukanya di bantal mcm mana?


Buat Adik Ibnu..."Alahai anak Omakkkk!" 


Lids: Jgn kita cuai...



Photobucket

Perasaan

Salam :-)

Pernah tak rasa mcm ada hari-harinya  penyakit malas nak mengepam?
Tak adeR? hhuhuhu... saya lah yang pernah begitu... 
Jika pernah, setujukah jika saya katakan, Inilah dugaan dan cabaran penyusuan yang paling kita perlu dan amat-amat berwaspada dengannya... 
kerana dugaan dan cabaran ini datang dari sikap kita sendiri...
kita yang mula merasa malas, (kita ada pilihan untuk memotivasikan diri menjadi rajin),
kita yang mula membuat pilihan untuk bersikap tak aper (stock banyak lagi),
kita yang ambil mudah dan sambil lewa..
dan semuanya bermula atas sikap kita sendiri... 
kerana bertitik tolak dari sini, kita yang akan mula membuat keputusan, dan kita akan mereka berbagai alasan untuk tidak mengepam, untuk tidak menyimpan stock dan untuk tidak meneruskan penyusuan...

Selalunya, jika sesekali perasaan ini terdetik saya akan:
1. Cepat-cepat  beristighfar - jgn lupa... menyusu itu satu Amanah wahai Sang Ibu.
(memesan pada diri sendiri)
2. Bayangkan wajah si anak - Waaaaa! Ibnu hanya mahu yang terbaik mama, susu cap Mama!
3. Dan di waktu inilah saya akan membaca pengalaman, susah payah, kisah-kisah penyusuan rakan-rakan di laman Maya ini..
Kisah-kisah BF mummies,
Tersenyum, tersengih dan adakalanya terharu dan mengalirkan airmata membaca kegigihan mereka...
Terima kasih mereka mereka ini dan ramai lagi. 
Kegigihan anda sebenarnya, telah memotivasikan ramai lagi (antaranya spt saya) untuk menjadi sekurang-kurangnya hampir segigih anda. 
4. Berdoa, berdoa dan berdoa agar Allah sentiasa mempermudahkan laluan saya (dan semua ibu-ibu) dalam memenuhi misi penyusuan ini. AMIN.

Lids: Syukur Ya Allah! kerana telah memberikan peluang dan ruang kesempatan kepada kami ibu-ibu merasai nikmat perasaan yang sangat indah dalam momen penyusuan  ini.
Photobucket


Monday, January 3, 2011

3.1.2011

Salam Hari Ketiga 2011.. :-)
 Tetiba-tiba entry 3.1.11 muncul... entry 1.1.11 nya mana? hehhehehe..
Selamat memulakan kerja di tahun 2011 
buat semua rakan-rakan yang dah pergi bercuti sblm ini..
Semangat! Semangat! Semangat! Chayokkk!!
(Tq PM dan Tq Harimau Malaya, congrats!)
Kepada The Boys' Master, Mr. Hubby a.k.a Cfu Rahimi, 
Selamat kembali mengajar di sekolah..
Adinda sangat mengkagumi akan
 kecintaan kekanda terhadap prefession ini
 hopefully satu hari nanti angan-angan adinda
 nak jadi isteri Pengetua Sekolah tercapai.. 
(bolehhh gitu..???) hhehhehehe... 
Buat anakanda Amirul a.k.a Boy, 
Selamat Menduduki Peperiksaan SPM tahun ni..
Mama and ayah sentiasa mendoakan kejayaan anakanda,
 di dunia dan dan juga akhirat..
Buat dua boys yang come lote.. 
dan selalu buat Mama dan Ayah Geghammm..
 mcm nak cubit-cubit..
AWAL dan IBNU
nanti dah pandai wee-wee dan poo-poo dalam toilet 
Mama hantar pegi sekolah tau..
Semoga ketiga-tiga anak Mama jadi Anak yang Soleh..
Buat semua rakan-rakan yang bergelar isteri dan ibu,
 apa jua gelaran anda (mummy, ummi, bonda, mama,etc)
 Semoga Allah Sentiasa menetapkan iman kita 
 menjadi seorang hamba allah yang solehah,
 Menjadi seorang Hamba Allah yang sentiasa Bersyukur..
Semoga Allah memberikan kita kekuatan
 dan kesabaran yang tinggi 
dalam berbakti sebagai isteri kepada  suami tercinta 
dan dalam menguruskan rumahtangga,
Juga semoga Allah sentiasa mengurniakan kita
 kesihatan yang baik untuk terus mendidik anak-anak kita
 menjadi anak-anak yang soleh dan solehah, 
Dan Semoga, Allah sentiasa melimpahkan kesejahteraan,
 kerukunan, rezeki yang melipah ruah, 
dan kebaikan hidup di dunia dan di akhirat kepada kita semua.. 
AMIN

Photobucket