Monday, February 21, 2011

RINDU MENGGEBU-GEBU

Salam,

Buat pertama kalinya, saya berjauhan dengan Awal dan Ibnu untuk keluar bertugas di luar kawasan. Sebelum ini, bila saja nama kena out station, saya akan "usung" dua-dua buah hati pengarang jantung saya sekali..

Sebelum ini, dua minggu di Kuantan, dua minggu di Langkawi dan baru-baru ni dua minggu di KL... saya tanpa gagal akan import khidmat mak dan ayah serta adik untuk turut serta berout-station jaga HERO dua orang ni..

Tapi kali ini, empat hari saya di KL, sehingga Khamis... dua-dua boys tinggal di rumah, dengan ayahnya, dan tentu sekali tok dan tokwan serta acik setia menemani.

Wahai hati, baru sehari.. rindunya dah tak terperi. Menggebu-gebu... mengasak-ngasak,menyesak dada.. especially pada Ibnu yang malam-malam asik nak mengempeng...

Pada Awal pun tak pernah kurang juga.... rindu colotehnya..

Rindu pada dua-dua HERO ini... dan rindu juga pada ayah mereka... :-) Tak betah rasanya hari Mama tanpa kalian bertiga...

Huhuhu...

5 comments:

  1. wah..ni akan btul2 rindu ni.hero2 k.lid pun sama..mesti rindu mamanya sgt2..ye lakan,hati anak n ibu ni,takkan le terpisah..sejak dr kandungan lagi.he..

    ReplyDelete
  2. cabaran sungguh kene kerja luar.
    X dapat bayangkan oooo
    Chayok! Chayok! :)

    ReplyDelete
  3. Ashra: tetiap kali telepon dua2 hero tu berebut nak ckp ngan mama... Mama ni dah mcm nak terbang balik peluk dorang jer rasa..

    Mimi: mcm tu la mimi...mujur 4 hari jer..chayok!

    ReplyDelete
  4. hanya ibu yang faham perasaan sesama ibu kannn.. tak sanggup rasanya berjauhan dengan anak lama2

    ReplyDelete
  5. Nora: tu la nora, kalau kena out station lah perkara palinggggg saya "lemah"..

    ReplyDelete