Wednesday, March 2, 2011

EBM - TRAVEL-KL-MANJUNG

Salam,
Alhamdulillah, saya sudah selamat pulang ke Rumahku Syurgaku. Terubat dan hilang sudah rindu yang menggebu-gebu sebelum ini spt DI SINI.

Alhamdulillah juga, saya berjaya membawa pulang dengan selamat " rezeki" Ibnu, EBM yang dikumpul sepanjang berkursus selama empat hari di KL. Walaupun tidak "melimpah-ruah" tetapi saya bersyukur dalam usia Ibnu mencecah 1 tahun 5 bulan (11hb ni), Allah masih memberikan ruang dan peluang untuk saya meneruskan misi penyusuan susu ibu kepada Ibnu.

Berkat ilmu dan pengalaman yang dikutip dari rakan-rakan di dunia maya ini , saya berjaya membawa pulang dengan selamat EBM untuk Ibnu dari KL ke Manjung. Ini merupakan pengalaman kedua saya membawa pulang EBM dari bertugas di luar kawasan, setelah lama dulu kira-kira 2 tahun yang lepas (EBM untuk Awal). Kali ini juga, perjalanan beramai-ramai dengan ditemani pemandu dan penumpang bas ekspress Arwana. :-)

Kredit to sahabatku Mem K, kerana meminjamkan bekas-bekas dadih dan ice box untuk transport EBM pulang. Asalnya mmg sengaja tak bawa ice box dan extra storage bottle kerana berhasrat untuk bershopping brg2 tersebut di KL. Tapi atas kekangan masa, tak berkesempatan. Idea meminjam pula terus datang.

Seperti yang ditunjuk ajar oleh sifu, peralatan yang diperlukan, ice box, ice or ice pack, kain tuala atau lampin lembab/basah untuk kekalkan suhu dingin. Mengambil kira perjalanan dengan Mr. Bas Ekspress kira-kira 4 jam ais yang secukupnya diperlukan. Saya rakamkan gambar-gambar ini dan kongsikan sebagai kenangan dan motivasi buat diri saya sendiri.

EBM beku dan belum dibekukan.
EBM yang belum dibekukan. Peti Ais kecil di IDFR.
EBM disusun dalam ice-box. Ais belum top up banyak masa ini sbb tukang beli ais belum sampai.
Funny cooler box for seious BF mum.
Saat ini yang saya amat rindu bila berjauhan.
Lid: Selagi Terdaya.. Akan ku teruskan perjuangan ini.

18 comments:

  1. tahniah mama...teruskan usaha murnimu itu..

    ReplyDelete
  2. tahniah ye mama.....terharu dgn pengorbanan seorang ibu utk anak tercinta....

    ReplyDelete
  3. Mama...im proud of you!! tak semua org cekal nk BF exclusively (like me...my baby is no longer want direct BM...dek kerana dah disorongkan puting kosong)

    ~Syeema~

    ReplyDelete
  4. bagus. moga dapat jadi motivasi untuk orang lain kan. walaupun travel jauh dan duk bjauhn dgn anak, bukan masalah besar..

    ReplyDelete
  5. Salam,
    Keyphochee: Tq.. sama-sama kita dalam misi ini, selain keluarga, sokongan kawan2 pun penting.

    Bojie: Tq to u too.. tq for singgah sini.. selagi Allah bagi kekuatan ibu-ibu akan buat apa saja untuk anaknya..

    Syeema:Tq Dear Syeema.. :-) mmuahhss..

    Amirah: sebenarnya motivasi ini datang dari kalangan kawan2 BF mummy dalam dunia Maya ini juga.. tq Amirah. Alhamdulillah jika entry ini dapat motivasikan ibu2 yang lain, walaupun sedikit.. syukur..

    ReplyDelete
  6. kak lid....bangga giler dengan usaha kak lid.. SEKALUNG TAHNIAH ayu ucapkan..caiyok..caiyok kak..btw, anak kita sebaya la kak..danial lahir 10/10, anak akak 11/10 kan..^_^

    ReplyDelete
  7. Ayu : Tq dik.. :-) haaa... ye la tu, sama la Ibnu ngan Danial, beza satu hari.. boleh celeb bday sesama..wink2!

    Mimi: Tq dik..

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah..moga trus rezki ibnu bertambah murah =)

    ReplyDelete
  9. AsH: alhamdulillah Ash.. ada lagi 7 bulan untuk misi ini lengkap 2 tahun..

    ReplyDelete
  10. kak lid--
    ayu puji cara kak lid dalam mempertahankan cara ini..

    ayu GEGAR BLOG ANDA yer..

    ReplyDelete
  11. Ayu: Salam Ayu... tq sudi singgah.. Meh dtg Gegarrr!!! tak sabar tunggu turn ni..

    ReplyDelete
  12. Tahniah Kak! perjalanan Atie tak lah sejauh akak tapi misi dan niat kita pasti sama...Nak memberikan yang terbaik buat anak tercinta. Sure nampak muka akak je..Ibnu terus terpa. Macam Irfan terpa Atie bila balik kerja...padahal baru je selesai habiskan sebotol susu. Nak juga terus nyonyot dari breast Mama even masyam ;p

    ReplyDelete
  13. Atie: tq atie... Semoga kita sama2 berjaya... opsss! yang masyam2 tu la kalau ibnu tak dapat, alamat tido malam, empat lima kali mengamok la sementara hari nak siang...hehehh.

    ReplyDelete
  14. kak lid, i am so proud of u :-)

    ReplyDelete
  15. Sarakids: Farah, u r my SIFU.. Bangganya dapat komen dr Farah.

    ReplyDelete
  16. seronoknya dikurniakan rezeki EBM mencurah²...akak time Firas ni memang xde rezeki banyak mcm Alysha dulu :(

    ReplyDelete
  17. Kak ina: x lah melimpah ruah sangat kak.. tapi alhamdulillah... rasanya saya pun sama, masa Awal dulu, rasa mcm lagi melimpah ruah... takpe kak, apa2 pun semoga kita sama2 berjaya dalam misi ini..

    ReplyDelete