Tuesday, January 11, 2011

DI MANA NALURI KEMANUSIAAN?

Salam,

Tak terbendung air mata ini bila membaca berita ini dalam Utusan Malaysia pagi ini....Jika tidak naluri keibuaan pun, dimanakah nilai kemanusiaan dalam diri si pendera ini ? Hanya Allah yang tahu betapa perit penderitaan si kecil ini.. 

Berbahagialah dirimu di JANNAH adik NURDIANA QISTINA... Amin.

Kanak-kanak 3 tahun mati didera

Oleh ZULHISHAM ISAHAK -pengarang@utusan.com.my

Nor Aqiulla Razali (gambar kecil) yang pengsan diberi bantuan selepas melihat mayat anaknya, Nordiana Qistina Nurafizan dibawa keluar dari Rumah Mayat Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru, semalam. – utusan/Nasirruddin Yazid


JOHOR BAHRU 10 Jan. – Sukar untuk digambarkan betapa seksanya penderitaan ditanggung seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang menjadi mangsa dera di Kampung Sungai Tiram di sini.
Hampir keseluruhan tubuhnya penuh dengan 73 kesan lebam dan luka.
Hanya mereka yang tidak berperikemanusiaan sahaja sanggup melakukan kekejaman terhadap kanak-kanak kecil yang tidak berdosa itu.
Berikutan kecederaan itu, kanak- kanak tersebut, Nordiana Qistina Nurafizan, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 9 pagi semalam di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini.
Bukan hanya Nordiana Qistina, malah adiknya, Danish Irsyad berusia setahun, turut menjadi mangsa kekejaman yang dipercayai dilakukan oleh ibu tirinya. Kanak-kanak itu ini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.
Mangsa merupakan anak kedua daripada tiga beradik dan tinggal bersama bapanya, Nurafizan Ludin, 29, seorang pekerja kilang manakala ibu tirinya pula seorang suri rumah.
Ibu kandung mangsa, Nor Aquilla Razali, 27, menetap di Pasir Gudang dan bercerai dengan Norafizan sejak setahun lalu.
Nor Aquilla ketika ditemui memberitahu, bekas suaminya itu menghubunginya untuk memaklumkan kematian Nordiana Qistina kira-kira pukul 11 pagi ini.
Wanita itu yang tidak dapat menahan perasaan setelah melihat keadaan mayat anaknya di Bilik Mayat HSI pengsan tiga kali.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Roslan Zainuddin berkata, kanak-kanak malang itu meninggal dunia akibat pendarahan dalaman yang serius.
“Punca kematian Nordiana Qistina adalah kerana 73 kesan penderaan di seluruh tubuhnya.
“Melalui bedah siasat, organ dalaman mangsa rosak teruk dan berdarah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Roslan berkata, mangsa dihantar oleh bapanya ke HSI kira-kira pukul 8.25 pagi semalam namun disahkan meninggal dunia tidak lama selepas itu.
Beliau memberitahu, ibu tiri mangsa sedang dicari dan dia berkemungkinan akan ditahan dalam tempoh terdekat bagi membantu siasatan kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Utusan Malaysia difahamkan, bapa mangsa membuat laporan polis mengatakan anaknya itu meninggal dunia kerana lemas ketika mandi dalam sebuah besen di rumahnya.
Jenazah Nordiana Qistina selamat dikebumikan di kampung datuknya di Felda Tenggaroh, Mersing, kira-kira pukul 5 petang tadi.

Lid: sedih dan pilu.

8 comments:

  1. serius, geram saya baca sokabar hari ini. ada 70+ kesan deraan. elok dera sipendera tu.. baru dia tau...

    ReplyDelete
  2. tu ler tu... rasa tak terkeluar perkataan nak mendescribe 'pendera' tu sebagai "benda" apa... binatang pun tak... manusia lagi la bukan...

    ReplyDelete
  3. isk..geramnya...mana la sifat perikemanusiaan tu pergi...subhanallah...

    My recent post "yamilaMohdDotCom catat pengunjung terbaik… ;-)"

    ReplyDelete
  4. innalillahi wainnailaihorojiunnn....

    cian...huhu

    ReplyDelete
  5. salam..
    aqila adalah junior sekolah kakak..

    bekas suaminya walhal pendiam...
    benda mcm nie..memang diluar jangkaan...tak sangka begini akhirnya..

    semoga arwah qistina ditempatkan dalam golongan orang beriman..syurgalah tempatnya

    ReplyDelete
  6. menangis baca... tambah2 bila terbayang muka anak ... huhu sape lah yang sanggup nak buat kanak2 yang sgt comel tu macam tu..

    ReplyDelete
  7. Semoga orang yang mendera tu dapat hukuman setimpal.. di dunia dan di akhirat.. dan moga dia mendapat hidayah dan bertaubat..

    ReplyDelete
  8. bapak bodoh.sanggup cover bini yg xde sifat keibuan!

    ReplyDelete