Friday, January 28, 2011

KASIH IBU SAMPAI KE HUJUNG NYAWA


Salam,

Tersentuh hati saya, tak dapat dibendung kolam airmata bila membaca kisah ini.. Saya ingin kongsikan disini entry dari blog Menyusu Si Manja .

" Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga. 

Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.

Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.

Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi."


Tersayat pilu hati saya membaca kisah ini... 

Lid: Berdoa agar Allah masih memberikan peluang untuk membelai dan membesarkan anak-anak.

8 comments:

  1. ameen..in sya'Allah kak..in sya'Allah..
    sdih cte.. :( trharu ngn pngorbanan sorg ibu..

    ReplyDelete
  2. Lid : sedihnya...terharu pengorbanan ibu itu..

    ReplyDelete
  3. subhanallah..sayunyer hati saya..

    ReplyDelete
  4. Ana: Tq.

    Ayu: kasihnya ibu... begitulah kita yg bergelar ibu..

    Keyphochee: terbayang jika kita di'situ"..

    ReplyDelete
  5. sayu nyer hati baca kisah ni...seorg ibu akan buat apa sahaja untuk anak2nya.. berkorban nyawa sekalipun

    ReplyDelete
  6. sedih rasa...
    bertambah sedih bila mengenangkan hajat saya tidak kesampaian tuk anak kedua.insyaallah..moga dimurahkan rezki lagi.amin..

    ReplyDelete
  7. Ayin: hmm..ibu sanggup buat apa saja untuk kebahagiaan anaknya.. hingga hujung nyawa..

    Ashra: Tabahkan hatimu Dik! Semoga Allah memberikan rezeki lagi pada Ash untuk menimang cahayamata seterusnya..

    ReplyDelete
  8. Salam lid jelita,
    so sad...agungnya kasih ibu..sanggup buat apa saja demi anak.

    ReplyDelete